EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah

Mohd Alif Naqiuddin Bin Romeli, Roslee Bin Talip, Daraini Binti Oyot

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 27.02.2026 · 11 (2) · e003784

DOI: 10.47405/mjssh.v11i2.3784 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 27.02.2026. Verfasst von Mohd Alif Naqiuddin Bin Romeli und 2 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini berhasrat untuk meninjau tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di sekolah-sekolah di dalam salah satu daerah di kawasan Pantai Barat Utara Sabah. Seramai 111 orang guru telah terlibat untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan melalui kaedah tinjauan, dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang telah diadaptasi daripada pengkaji lepas. Statistik deskriptif dan telah digunakan termasuk kekerapan, skor min serta sisihan piawai. Program Statistical Package for Social Science, atau SPSS, versi 30 digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Hasil analisis menunjukkan kepimpinan transformasional diamalkan pada tahap yang tinggi di sekolah-sekolah TS25. Selain itu, kajian ini turut mendedahkan bahawa ke empat-empat dimensi amalan kepimpinan transformasional iaitu, motivasi berinspirasi, pertimbangan individu, pengaruh ideal dan rangsangan intelektual dipersepsikan pada tahap yang tinggi oleh para responden kajian. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara amalan kepimpinan transformasional dengan lokasi sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan kepentingan membudayakan etika kepimpinan bersifat transformatif bagi mendukung hasrat kerajaan untuk membangunkan perubahan mendasar dalam sistem pendidikan negara ini. Tuntasnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu menunaikan tanggungjawab dengan menyediakan latihan berterusan bertujuan untuk memastikan kualiti kepemimpinan guru besar dapat dipertingkatkan.

Zitieren

APA

Romeli, M. A. N. B., Talip, R. B., & Oyot, D. B. (2026). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(2), e003784. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i2.3784

Vancouver

Romeli MANB, Talip RB, Oyot DB. Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(2):e003784. doi:10.47405/mjssh.v11i2.3784

BibTeX
@article{Romeli2026,
  author = {Romeli, Mohd Alif Naqiuddin Bin and Talip, Roslee Bin and Oyot, Daraini Binti},
  title = {Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah},
  journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {2},
  pages = {e003784},
  doi = {10.47405/mjssh.v11i2.3784}
}
Kostenlos starten →