TRET PERSONALITI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SABAH
Borneo International Journal of Education (BIJE) · 2026
DOI: 10.51200/bije.v2i.4710 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Borneo International Journal of Education (BIJE), 2026. Verfasst von Rohani Marasan und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini memberi fokus untuk mendalami tret personaliti pengetua selaku pentadbir pendidikan di sekolah menengah di negeri Sabah. Tindakan cemerlang pengetua selaku pentadbir pendidikan akan menjadi penentu kejayaan sesebuah sekolah meliputi bidang akademik, sahsiah dan aktiviti kokurikulum. Faktor utama kejayaan ini didorongi oleh personaliti pengetua dalam kepimpinannya berupaya mempengaruhi proses serta tingkah laku guru-guru melalui ketegasan pengetua berkomunikasi. Penerokaan kajian tentang kepimpinan pengetua yang masih menarik dan unik untuk dikaji. Kajian ini merupakan kajian kualitatif secara kajian kes. Kajian meliputi dengan menemubual pengetua, barisan penolong kanan dan ketua bidang. Pengumpulan data dilakukan berdasarkan kaedah temu bual mendalam tetapi berbentuk separa berstruktur dan dianalisis secara manual. Temu bual menjelaskan tret personaliti yang dimiliki pengetua terpancar melalui ketegasan berkomunikasi yang menjadi amalan kepimpinan pengetua bagi menjawab persoalan kajian ini. Daripada kajian ini sebuah model kepimpinan pengetua akan dibentuk dan dibangunkan sebagai panduan bagi pentadbir pendidikan yang inginkan amalan kepimpinan berkualiti serta berkesan dalam mengurus sekolah. Sumbangan kajian ini penting dalam bidang akademik bagi menambah khazanah ilmiah dalam bidang pengurusan pendidikan untuk dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji kepimpinan pada masa akan datang.
Zitieren
APA
Marasan, R., Dzulkifli, D. N. A. K., & Atang, C. (2026). TRET PERSONALITI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SABAH. Borneo International Journal of Education (BIJE). https://doi.org/10.51200/bije.v2i.4710
Vancouver
Marasan R, Dzulkifli DNAK, Atang C. TRET PERSONALITI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SABAH. Borneo International Journal of Education (BIJE). 2026. doi:10.51200/bije.v2i.4710
BibTeX
@article{Marasan2026,
author = {Marasan, Rohani and Dzulkifli, Dg. Norizah Ag. Kiflee @ and Atang, Colonius},
title = {TRET PERSONALITI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SABAH},
journal = {Borneo International Journal of Education (BIJE)},
year = {2026},
doi = {10.51200/bije.v2i.4710}
}
EUVIMED