Pelaksanaan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia: Naratif dari Pelbagai Agensi
International Journal of Education and Training (InjET) · 2025
DOI: 10.47836/injet.11.2.11 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education and Training (InjET), 2025. Verfasst von Affizie Abu Kasim und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit wurde bisher 1-mal zitiert (Crossref) und nennt 55 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan kritikal dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan lestari di Malaysia. Pelaksanaan TVET yang berbeza antara sistem Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memberi pelbagai persepsi kepada pengamal TVET dalam negara. Oleh itu, kajian ini menganalisis perbezaan dan persamaan sistem pelaksanaan TVET oleh dua agensi utama, iaitu MQA dan JPK. Melalui kaedah tinjauan dokumen, data dikumpulkan daripada sumber rasmi seperti akta, kerangka kelayakan, dan dasar berkaitan TVET. Hasil kajian menunjukkan bahawa MQA dan JPK mempunyai perbezaan dari segi objektif, standard kualiti, dan pendekatan kurikulum. Walaupun berbeza, kedua-dua agensi berkongsi persamaan penting melalui Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (COPTPA), yang mengharmonikan sistem penarafan tunggal TVET. Antaranya termasuk penekanan kepada penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum dan penilaian praktikal, serta pelaksanaan penilaian berasaskan kompetensi (CBA) bagi memastikan graduan menguasai pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diperlukan pasaran kerja. Dapatan menunjukkan kerjasama strategik antara MQA dan JPK melalui COPTPA mampu mewujudkan sistem TVET yang lebih bersepadu, relevan, dan efektif. Integrasi ini penting untuk menghasilkan tenaga kerja yang dinamik, berdaya saing, dan responsif terhadap cabaran global, sekaligus menyumbang kepada transformasi sosioekonomi negara.
Zitieren
APA
Kasim, A. A., Puad, M. H. M., & Abdullah, A. (2025). Pelaksanaan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia: Naratif dari Pelbagai Agensi. International Journal of Education and Training (InjET). https://doi.org/10.47836/injet.11.2.11
Vancouver
Kasim AA, Puad MHM, Abdullah A. Pelaksanaan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia: Naratif dari Pelbagai Agensi. International Journal of Education and Training (InjET). 2025. doi:10.47836/injet.11.2.11
BibTeX
@article{Kasim2025,
author = {Kasim, Affizie Abu and Puad, Mohd Hazwan Mohd and Abdullah, Arnida},
title = {Pelaksanaan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia: Naratif dari Pelbagai Agensi},
journal = {International Journal of Education and Training (InjET)},
year = {2025},
doi = {10.47836/injet.11.2.11}
}
EUVIMED