Analisis Keperluan Pembangunan E-Kamus dalam Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Komunikasi Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Malaysia
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 23.09.2026 · 11 (9) · e004214
DOI: 10.47405/mjssh.v11i9.4214 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 23.09.2026. Verfasst von Muhamad Zhafri Bin Mohammad Nazmi und 4 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Penguasaan kosa kata merupakan antara cabaran yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab untuk Komunikasi Perniagaan, khususnya dalam memahami istilah dan menggunakannya mengikut konteks komunikasi yang sesuai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab untuk Komunikasi Perniagaan, menilai pandangan mereka terhadap penggunaan teknologi dan kamus digital serta menganalisis ciri-ciri dan kebolehcapaian e-kamus yang diperlukan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan 145 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengikuti kursus Bahasa Arab untuk Komunikasi Perniagaan. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang mengandungi 17 item dan dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar masih memerlukan bantuan tambahan untuk menguasai kosa kata Bahasa Arab dalam konteks komunikasi perniagaan dan menghadapi cabaran dalam menggunakan ayat yang sesuai bagi komunikasi rasmi. Dari aspek penggunaan teknologi, pelajar menunjukkan minat terhadap penggunaan e-kamus khusus untuk pembelajaran Bahasa Arab bagi komunikasi perniagaan. Ciri yang paling banyak dipilih ialah carian dwibahasa Arab–Melayu/Melayu–Arab, diikuti contoh ayat dalam konteks sebenar perniagaan, audio sebutan dan akses luar talian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan e-kamus yang memberi tumpuan kepada kosa kata dan konteks komunikasi perniagaan serta mengambil kira keperluan pelajar sebagai pengguna. Dapatan ini boleh dijadikan asas dalam menentukan kandungan dan ciri e-kamus yang akan dibangunkan.
Zitieren
APA
Nazmi, M. Z. B. M., Suparia, F. A. B. A., Zaharuddin, A. M. B., Ghazuddin, F. B., & Ahad, H. B. A. (2026). Analisis Keperluan Pembangunan E-Kamus dalam Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Komunikasi Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(9), e004214. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i9.4214
Vancouver
Nazmi MZBM, Suparia FABA, Zaharuddin AMB, Ghazuddin FB, Ahad HBA. Analisis Keperluan Pembangunan E-Kamus dalam Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Komunikasi Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(9):e004214. doi:10.47405/mjssh.v11i9.4214
BibTeX
@article{Nazmi2026,
author = {Nazmi, Muhamad Zhafri Bin Mohammad and Suparia, Fariz Azzuan Bin Amat and Zaharuddin, Ainaa Mardhiah Binti and Ghazuddin, Farhana Binti and Ahad, Husna Binti Abdul},
title = {Analisis Keperluan Pembangunan E-Kamus dalam Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Komunikasi Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Malaysia},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {9},
pages = {e004214},
doi = {10.47405/mjssh.v11i9.4214}
}
EUVIMED