Penjajaran Kurikulum Bahasa Arab Pengajian Tinggi dengan CEFR: Tinjauan Kefahaman dan Persepsi Tenaga Pengajar di Universiti Sains Islam Malaysia
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 31.08.2026 · 11 (8) · e004152
DOI: 10.47405/mjssh.v11i8.4152 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 31.08.2026. Verfasst von Muhammad Izuan Abd Gani und 4 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai satu inisiatif untuk menetapkan piawaian antarabangsa dalam menilai tahap penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar di Malaysia. Kursus Bahasa Arab di USIM tidak terkecuali dalam usaha penjajaran ini, selaras dengan Pelan Hala Tuju Pemantapan Bahasa Antarabangsa yang digariskan oleh KPT. Meskipun CEFR telah diguna pakai secara rasmi dalam pendidikan Bahasa Inggeris, pelaksanaannya dalam pengajaran Bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi masih terhad dan berada pada tahap awal pelaksanaan. Antara cabaran utama termasuklah kurangnya pendedahan, latihan, dan kefahaman dalam kalangan tenaga pengajar terhadap struktur, tahap serta deskriptor yang terkandung dalam dokumen CEFR. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi: i) mengenal pasti tahap kefahaman guru Bahasa Arab di USIM terhadap struktur dan komponen CEFR; dan ii) menganalisis persepsi mereka terhadap keberkesanan CEFR. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berasaskan pendekatan deskriptif. Instrumen soal selidik berstruktur telah diedarkan kepada 17 orang guru Bahasa Arab dari Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Pusat Tamhidi, USIM bagi memperoleh gambaran menyeluruh berhubung kefahaman dan persepsi mereka terhadap penjajaran CEFR. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesiapsiagaan dan persepsi guru Bahasa Arab terhadap pelaksanaan CEFR secara keseluruhannya adalah sangat positif. Responden memberikan sokongan padu terhadap anjakan pedagogi berorientasikan komunikasi, kejelasan indikator pentaksiran, dan peningkatan kredibiliti kurikulum di peringkat global, walaupun aspek penyesuaian kerangka masih perlu diperhalusi mengikut acuan keilmuan dan budaya tempatan. Kajian ini memberikan implikasi signifikan terhadap penambahbaikan dasar dan amalan pengajaran Bahasa Arab di USIM, terutamanya dalam merangka modul latihan berterusan serta panduan pelaksanaan CEFR yang berasaskan kemahiran, kontekstual, dan selari dengan aspirasi pendidikan bahasa di peringkat kebangsaan mahupun global.
Zitieren
APA
Gani, M. I. A., Musling, M. N., Adnan, W. M. S. W., Nawawi, M. A. A. M., & Yaacob, H. (2026). Penjajaran Kurikulum Bahasa Arab Pengajian Tinggi dengan CEFR: Tinjauan Kefahaman dan Persepsi Tenaga Pengajar di Universiti Sains Islam Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(8), e004152. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i8.4152
Vancouver
Gani MIA, Musling MN, Adnan WMSW, Nawawi MAAM, Yaacob H. Penjajaran Kurikulum Bahasa Arab Pengajian Tinggi dengan CEFR: Tinjauan Kefahaman dan Persepsi Tenaga Pengajar di Universiti Sains Islam Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(8):e004152. doi:10.47405/mjssh.v11i8.4152
BibTeX
@article{Gani2026,
author = {Gani, Muhammad Izuan Abd and Musling, Mohd Nizwan and Adnan, Wan Muhammad Shaker Wan and Nawawi, Mohd Adi Amzar Muhammad and Yaacob, Haryati},
title = {Penjajaran Kurikulum Bahasa Arab Pengajian Tinggi dengan CEFR: Tinjauan Kefahaman dan Persepsi Tenaga Pengajar di Universiti Sains Islam Malaysia},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {8},
pages = {e004152},
doi = {10.47405/mjssh.v11i8.4152}
}
EUVIMED