Martabat Bahasa Kebangsaan di Mahkamah Tinggi: Antara Hasrat Perlembagaan dan Realiti Praktikal
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 29.07.2026 · 11 (7) · e004113
DOI: 10.47405/mjssh.v11i7.4113 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 29.07.2026. Verfasst von Nur Farahiyah Mohd Nasir und 3 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia bukan sahaja mempunyai kedudukan yang kukuh dari sudut perlembagaan, malah melambangkan identiti negara dan asas pembinaan institusi awam yang lebih dekat dengan rakyat. Artikel ini meneliti penggunaan Bahasa Melayu di peringkat Mahkamah Tinggi, khususnya dalam prosiding jenayah, dengan memberikan tumpuan kepada jurang antara hasrat perlembagaan dengan realiti amalan kehakiman semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan fenomenologi melalui temu bual mendalam dengan tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi dari Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Seremban. Dapatan temu bual disokong oleh analisis doktrinal terhadap statut, kes-kes terpilih, dan bahan sekunder yang berkaitan. Kajian ini mendapati bahawa Bahasa Melayu diiktiraf sebagai penting bagi menjamin kefahaman pihak-pihak, memperkukuh akses kepada keadilan, dan menzahirkan kewibawaan institusi kehakiman dalam acuan tempatan. Namun begitu, penggunaannya secara lebih meluas di Mahkamah Tinggi masih dibatasi oleh beberapa faktor, termasuk dominasi berterusan autoriti undang-undang berbahasa Inggeris, kekurangan istilah teknikal perundangan Melayu yang mantap, tekanan pengurusan kes, serta tahap keyakinan bahasa yang tidak sekata dalam kalangan pengamal undang-undang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai keupayaan untuk menjadi bahasa penghakiman yang bukan sahaja tepat dan jelas, tetapi juga bernuansa, berwibawa, dan dekat dengan masyarakat. Oleh itu, pemerkasaan Bahasa Melayu dalam sistem kehakiman perlu dilihat sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang lebih luas, bukan semata-mata isu linguistik. Artikel ini mencadangkan pemantapan latihan penulisan penghakiman, pembangunan glosari perundangan mengikut bidang, penstrukturan semula pendidikan undang-undang, dan pengukuhan dasar bahasa dalam amalan mahkamah.
Zitieren
APA
Nasir, N. F. M., Rahman, M. R. A., Musa, N., & Ramley, A. A. (2026). Martabat Bahasa Kebangsaan di Mahkamah Tinggi: Antara Hasrat Perlembagaan dan Realiti Praktikal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(7), e004113. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i7.4113
Vancouver
Nasir NFM, Rahman MRA, Musa N, Ramley AA. Martabat Bahasa Kebangsaan di Mahkamah Tinggi: Antara Hasrat Perlembagaan dan Realiti Praktikal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(7):e004113. doi:10.47405/mjssh.v11i7.4113
BibTeX
@article{Nasir2026,
author = {Nasir, Nur Farahiyah Mohd and Rahman, Mohamad Rizal Abd and Musa, Nurhafilah and Ramley, Asmazatul Adawiyah},
title = {Martabat Bahasa Kebangsaan di Mahkamah Tinggi: Antara Hasrat Perlembagaan dan Realiti Praktikal},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {7},
pages = {e004113},
doi = {10.47405/mjssh.v11i7.4113}
}
EUVIMED