Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Tamil: Amalan, Cabaran dan Keperluan Guru
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 14.10.2026 · 11 (10) · e004241
DOI: 10.47405/mjssh.v11i10.4241 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 14.10.2026. Verfasst von Thilagam Birma und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Tamil memerlukan perancangan yang menyediakan peluang komunikasi serta mengambil kira perbezaan penguasaan murid. Kajian ini bertujuan meneroka amalan guru, mengenal pasti cabaran pelaksanaan dan menentukan keperluan sokongan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Tamil Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dalam fasa analisis keperluan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dengan lapan guru daripada lapan SJKT dan analisis 16 rancangan pengajaran harian, terdiri daripada lapan dokumen bagi setiap kemahiran. Data temu bual dianalisis secara tematik berbantukan ATLAS.ti, manakala dokumen dianalisis menggunakan senarai semak dan dibandingkan dengan dapatan temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa guru menggunakan aktiviti koperatif dan kolaboratif, simulasi, main peranan, soal jawab dan penceritaan, disokong oleh bahan audio visual serta kod QR. Cabaran yang dilaporkan melibatkan tumpuan dan pemahaman mendengar, sebutan, respons pertuturan yang ringkas, keyakinan murid, kekangan masa dan bahan serta perancangan aktiviti mengikut tahap penguasaan. Analisis dokumen menunjukkan bahawa objektif berkaitan kemahiran sasaran dan standard kurikulum dicatatkan dalam semua dokumen, tetapi perincian objektif, aktiviti pelbagai aras, instrumen pentaksiran dan refleksi dengan intervensi masih terhad. Semua peserta memerlukan panduan khusus yang mengandungi strategi, contoh aktiviti dan rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar serta sokongan pemantauan pembelajaran yang mudah diakses. Kajian ini menyediakan asas empirikal bagi pembangunan panduan pengajaran yang menyepadukan keperluan kurikulum dengan sokongan praktikal kepada guru. Keberkesanan panduan tersebut perlu dinilai melalui kajian lanjutan.
Zitieren
APA
Birma, T., Maraya, R., & Ramalingam, S. (2026). Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Tamil: Amalan, Cabaran dan Keperluan Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(10), e004241. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i10.4241
Vancouver
Birma T, Maraya R, Ramalingam S. Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Tamil: Amalan, Cabaran dan Keperluan Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(10):e004241. doi:10.47405/mjssh.v11i10.4241
BibTeX
@article{Birma2026,
author = {Birma, Thilagam and Maraya, Ravindaran and Ramalingam, Selvajothi},
title = {Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Tamil: Amalan, Cabaran dan Keperluan Guru},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {10},
pages = {e004241},
doi = {10.47405/mjssh.v11i10.4241}
}
EUVIMED