Sikap Bahasa terhadap Bahasa Melayu dalam kalangan Murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah
International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH) · 02.11.2025 · 8 (1) · 24-37
DOI: 10.47254/szdyhw24 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), online erschienen am 02.11.2025. Verfasst von Mohd Khaidir Abd. Wahab und 3 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pengantar dalam bidang pendidikan di sekolah vernakular seperti di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil atau SJK (T) adalah hasrat yang masih terus diusahakan bagi memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia untuk digunakan dalam pelbagai domain khususnya dalam domain pendidikan. Persepsi yang positif mahupun negatif mendorong individu atau komuniti untuk memilih atau tidak sesuatu bahasa tersebut untuk digunakan atau diabaikan. Kajian ini bertujuan meninjau sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJK (T) di negeri Perak,Pulau Pinang dan Kedah.Sikap bahasa ini merangkumi minat murid terhadap mata pelajarn Bahasa Melayu, persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, sikap murid terhadap penggunaan bahasa Melayu, sikap murid terhadap pengaplikasian bahasa Melayu dalam urusan selain akademik dan sikap murid terhadap peranan bahasa Melayu. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Seramai 238 orang responden murid telah dipilih secara rawak untuk terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pelajar di SJK (T) di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah mengakui bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai kepentingan untuk masa hadapan mereka dan mereka menunjukkan minat terhadap Bahasa Melayu dalam konteks penggunaan dalam domain pendidikan khususnya di sekolah. Di samping itu, para pelajar juga mengakui mereka berbangga ketika bertutur dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bahasa Melayu masih bukan menjadi pilihan utama dalam konteks interaksi mereka dalam domain sosial dan keluarga.
Zitieren
APA
Wahab, M. K. A., Subramaniam, I., Ku, B. D., & Lee, P. L. (2025). Sikap Bahasa terhadap Bahasa Melayu dalam kalangan Murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), 8(1), 24-37. https://doi.org/10.47254/szdyhw24
Vancouver
Wahab MKA, Subramaniam I, Ku BD, Lee PL. Sikap Bahasa terhadap Bahasa Melayu dalam kalangan Murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH). 2025;8(1):24-37. doi:10.47254/szdyhw24
BibTeX
@article{Wahab2025,
author = {Wahab, Mohd Khaidir Abd. and Subramaniam, Ilangko and Ku, Boon Dar and Lee, Pin Ling},
title = {Sikap Bahasa terhadap Bahasa Melayu dalam kalangan Murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah},
journal = {International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH)},
year = {2025},
volume = {8},
number = {1},
pages = {24--37},
doi = {10.47254/szdyhw24}
}
EUVIMED