EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Pengaruh Permainan The Ceo Challenge: Scenario Card Game Terhadap Kefahaman Pelajar Politeknik Dalam Subjek Principles of Management

Nor Hazimah Ismail, Noraida Ismail@Yusof, Siti Hajar Muhd Ariff

Jurnal Wacana Sarjana · 13.11.2026 · 10 (3) · 115-125

DOI: 10.17576/jws.v10i3.757 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, online erschienen am 13.11.2026. Verfasst von Nor Hazimah Ismail und 2 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan The CEO Challenge: Scenario Card Game dalam meningkatkan kefahaman pelajar Politeknik terhadap topik asas pengurusan dalam kursus Principles of Management. Berpandukan teori konstruktivisme, permainan ini direka bentuk bagi menyediakan pengalaman pembelajaran berasaskan situasi yang memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan secara aktif melalui interaksi, perbincangan, pemikiran kritikal serta penyelesaian masalah. Pendekatan ini menekankan bahawa pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti yang menyerupai situasi sebenar, berbanding hanya menerima maklumat secara pasif melalui kaedah pengajaran tradisional. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dengan pengumpulan data melalui soal selidik skala Likert yang menilai dua konstruk utama, iaitu tahap penggunaan permainan dan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan. Analisis statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar, manakala analisis hubungan dijalankan untuk menilai kekuatan perkaitan antara pembolehubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang sangat positif terhadap keberkesanan permainan ini dalam membantu mereka memahami konsep secara lebih mendalam dan praktikal. Penggunaan permainan turut meningkatkan motivasi, minat, dan penglibatan aktif sepanjang sesi pembelajaran. Selain itu, analisis menunjukkan wujud hubungan positif dan signifikan antara tahap penggunaan permainan dan kefahaman pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan bahawa integrasi permainan berasaskan senario berpotensi menjadi pendekatan pedagogi yang berkesan dalam meningkatkan pembelajaran teori di institusi TVET. Kata kunci: pembelajaran gamifikasi, minat pelajar, pemahaman teori, permainan berasaskan senario, pelajar diploma ABSTRACT This study aims to evaluate the effectiveness of using The CEO Challenge: Scenario Card Game in enhancing Polytechnic students’ understanding of basic management topics in the Principles of Management course. Guided by constructivist theory, the game is designed to provide a situational learning experience that allows students to build knowledge actively through interaction, discussion, critical thinking, and problem-solving. This approach emphasizes that learning becomes more meaningful when students engage directly in activities that mirror real-life scenarios, rather than merely receiving information passively through traditional teaching methods. The study adopts a descriptive quantitative research design, with data collected using a Likert-scale questionnaire that assesses two main constructs: the level of game usage and the level of students’ understanding of management concepts. Descriptive statistics such as mean and standard deviation were used to identify the students’ perception levels, while relationship analysis was conducted to examine the strength of the association between the variables. The findings indicate that students have highly positive perceptions of the effectiveness of the game in helping them understand concepts more deeply and practically. The use of the game also increased students’ motivation, interest, and active engagement throughout the learning session. Furthermore, the analysis shows a positive and significant relationship between the level of game usage and students’ understanding. Overall, the study suggests that the integration of scenario-based learning games has strong potential to serve as an effective pedagogical approach for enhancing theoretical learning in TVET institutions. Keywords: gamified learning, student interest, understanding of theoretical content, scenario-based game, diploma students

Zitieren

APA

Ismail, N. H., Ismail@Yusof, N., & Ariff, S. H. M. (2026). Pengaruh Permainan The Ceo Challenge: Scenario Card Game Terhadap Kefahaman Pelajar Politeknik Dalam Subjek Principles of Management. Jurnal Wacana Sarjana, 10(3), 115-125. https://doi.org/10.17576/jws.v10i3.757

Vancouver

Ismail NH, Ismail@Yusof N, Ariff SHM. Pengaruh Permainan The Ceo Challenge: Scenario Card Game Terhadap Kefahaman Pelajar Politeknik Dalam Subjek Principles of Management. Jurnal Wacana Sarjana. 2026;10(3):115-125. doi:10.17576/jws.v10i3.757

BibTeX
@article{Ismail2026,
  author = {Ismail, Nor Hazimah and Ismail@Yusof, Noraida and Ariff, Siti Hajar Muhd},
  title = {Pengaruh Permainan The Ceo Challenge: Scenario Card Game Terhadap Kefahaman Pelajar Politeknik Dalam Subjek Principles of Management},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  volume = {10},
  number = {3},
  pages = {115--125},
  doi = {10.17576/jws.v10i3.757}
}
Kostenlos starten →