KESAHAN INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR)
International Journal of Modern Education · 26.03.2026 · 8 (29) · 872
DOI: 10.35631/ijmoe.829052 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 26.03.2026. Verfasst von Norhayati Ahmad und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 29 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan menilai kesahan kandungan Instrumen Keperibadian Islam Remaja (IKIR) yang dibangunkan berasaskan pendekatan psikospiritual Imam al-Ghazali serta prinsip tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa). Instrumen ini dibina bagi mengukur keperibadian Islam remaja melalui tiga konstruk utama, iaitu hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar. Sebanyak 107 pernyataan awal telah dinilai oleh 10 orang panel pakar yang terdiri daripada pakar dalam bidang Syariah, kaunseling, psikologi dan pendidikan Islam. Kesahan kandungan dianalisis menggunakan Content Validity Index (CVI) pada aras item (I-CVI) dan aras skala (S-CVI/Ave dan S-CVI/UA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 66 pernyataan (61.7%) memperoleh persetujuan penuh dengan nilai I-CVI = 1.00, manakala nilai keseluruhan S-CVI/Ave = 0.951, melepasi nilai ambang minimum 0.90 yang disarankan dalam literatur metodologi. Selain itu, kesahan muka turut dijalankan dengan melibatkan 25 orang responden remaja bagi menilai tahap kefahaman dan kesesuaian pernyataan instrumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pernyataan dalam IKIR dapat difahami dengan baik oleh responden. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa IKIR mempunyai tahap kesahan kandungan yang tinggi serta berpotensi digunakan dalam kajian lanjutan untuk menilai keperibadian Islam remaja dalam konteks pendidikan, kaunseling dan pembangunan sahsiah berasaskan pendekatan psikospiritual Islam.
Zitieren
APA
Ahmad, N., Fadzil, Z., & Ishak, N. H. (2026). KESAHAN INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR). International Journal of Modern Education, 8(29), 872. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829052
Vancouver
Ahmad N, Fadzil Z, Ishak NH. KESAHAN INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR). International Journal of Modern Education. 2026;8(29):872. doi:10.35631/ijmoe.829052
BibTeX
@article{Ahmad2026,
author = {Ahmad, Norhayati and Fadzil, Zaidi and Ishak, Nurul Huda},
title = {KESAHAN INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR)},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {872},
doi = {10.35631/ijmoe.829052}
}
EUVIMED