EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

ANALISIS DIFFERENTIAL ITEM FUNCTIONING (DIF) INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR) MERENTAS JANTINA

Norhayati Ahmad, Zaidi Fadzil, Nurul Huda Ishak

International Journal of Education Psychology and Counseling · 26.03.2026 · 11 (62) · 1060

DOI: 10.35631/ijepc.1162062 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 26.03.2026. Verfasst von Norhayati Ahmad und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 19 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Instrumen Keperibadian Islam Remaja (IKIR) dibangunkan berasaskan kerangka psikospiritual Islam yang mengintegrasikan dimensi iman, tanggungjawab khalifah dan akhlak sebagai manifestasi ihsan dalam pembentukan sahsiah remaja Muslim. Pengukuran keperibadian Islam memerlukan instrumen yang sah, boleh dipercayai dan bebas daripada bias pengukuran agar interpretasi skor dapat dibuat secara adil merentas kumpulan responden. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai kesetaraan pengukuran Instrumen Keperibadian Islam Remaja merentas jantina menggunakan Model Rasch melalui analisis Differential Item Functioning (DIF). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Seramai 130 orang pelajar sekolah menengah terlibat sebagai responden kajian yang terdiri daripada 52 pelajar lelaki dan 78 pelajar perempuan daripada pelbagai latar institusi pendidikan. Data dianalisis menggunakan pemodelan Rasch bagi menilai fungsi item serta mengesan kewujudan DIF jantina. Dapatan analisis menunjukkan bahawa majoriti item dalam IKIR berfungsi secara setara bagi responden lelaki dan perempuan, dengan hanya sebilangan kecil item menunjukkan perbezaan sederhana yang tidak menjejaskan kestabilan konstruk keseluruhan. Secara keseluruhan, keputusan kajian mengesahkan bahawa IKIR mempunyai tahap kesetaraan pengukuran yang memadai dan boleh digunakan untuk menilai keperibadian Islam remaja tanpa memerlukan pelarasan tafsiran berdasarkan jantina. Instrumen ini berpotensi diaplikasikan dalam konteks pendidikan dan kaunseling Islam sebagai alat penilaian sahsiah remaja yang sistematik, adil dan berasaskan bukti empirik.

Zitieren

APA

Ahmad, N., Fadzil, Z., & Ishak, N. H. (2026). ANALISIS DIFFERENTIAL ITEM FUNCTIONING (DIF) INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR) MERENTAS JANTINA. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 1060. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162062

Vancouver

Ahmad N, Fadzil Z, Ishak NH. ANALISIS DIFFERENTIAL ITEM FUNCTIONING (DIF) INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR) MERENTAS JANTINA. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):1060. doi:10.35631/ijepc.1162062

BibTeX
@article{Ahmad2026,
  author = {Ahmad, Norhayati and Fadzil, Zaidi and Ishak, Nurul Huda},
  title = {ANALISIS DIFFERENTIAL ITEM FUNCTIONING (DIF) INSTRUMEN KEPERIBADIAN ISLAM REMAJA (IKIR) MERENTAS JANTINA},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  pages = {1060},
  doi = {10.35631/ijepc.1162062}
}
Kostenlos starten →