KESAHAN KONSTRUK DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN SIKAP, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN NORMA BAHARU SEKOLAH MENENGAH PEDALAMAN SABAH
International Journal of Entrepreneurship and Management Practices · 30.06.2026 · 11 (63) · 1152
DOI: 10.35631/ijepc.1163069 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von Christy Dulamit und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 26 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen yang dibangunkan bagi mengukur sikap, pengetahuan dan kemahiran guru serta pengurusan disiplin norma baharu di sekolah menengah pedalaman Sabah. Pengujian instrumen yang sistematik penting bagi memastikan setiap konstruk yang diukur benar-benar mewakili aspek yang hendak dikaji dan sesuai digunakan dalam penyelidikan sebenar. Kajian rintis ini melibatkan seramai 100 orang guru sekolah menengah pedalaman Sabah dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian merangkumi empat konstruk utama, iaitu sikap guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan pengurusan disiplin norma baharu. Analisis data dilaksanakan menggunakan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) untuk menilai struktur faktor instrumen serta pekali Cronbach's alpha untuk menentukan konsistensi dalaman item. Hasil analisis menunjukkan nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) berada antara .878 hingga .929 dan Ujian Bartlett adalah signifikan, menandakan data memenuhi syarat untuk analisis faktor. Dapatan turut memperlihatkan bahawa konstruk sikap dan pengetahuan terdiri daripada dua komponen, konstruk kemahiran terdiri daripada satu komponen, manakala konstruk pengurusan disiplin norma baharu menghasilkan lapan komponen utama dengan jumlah varians diterangkan antara 76.53% hingga 87.54%. Selain itu, semua konstruk mencatatkan nilai Cronbach's alpha melebihi .90 yang menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang sangat memuaskan. Secara keseluruhannya, instrumen yang dibangunkan mempunyai ciri psikometrik yang baik dan sesuai digunakan dalam kajian berkaitan pengurusan disiplin norma baharu, khususnya dalam konteks sekolah menengah pedalaman Sabah.
Zitieren
APA
Dulamit, C., & Dzulkifli, D. N. A. K. (2026). KESAHAN KONSTRUK DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN SIKAP, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN NORMA BAHARU SEKOLAH MENENGAH PEDALAMAN SABAH. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 11(63), 1152. https://doi.org/10.35631/ijepc.1163069
Vancouver
Dulamit C, Dzulkifli DNAK. KESAHAN KONSTRUK DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN SIKAP, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN NORMA BAHARU SEKOLAH MENENGAH PEDALAMAN SABAH. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices. 2026;11(63):1152. doi:10.35631/ijepc.1163069
BibTeX
@article{Dulamit2026,
author = {Dulamit, Christy and Dzulkifli, Dg Norizah Ag Kiflee@},
title = {KESAHAN KONSTRUK DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN SIKAP, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN NORMA BAHARU SEKOLAH MENENGAH PEDALAMAN SABAH},
journal = {International Journal of Entrepreneurship and Management Practices},
year = {2026},
volume = {11},
number = {63},
pages = {1152},
doi = {10.35631/ijepc.1163069}
}
EUVIMED