REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL ASSIDE BAGI PENULISAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
International Journal of Modern Education · 26.03.2026 · 8 (29) · 841
DOI: 10.35631/ijmoe.829050 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 26.03.2026. Verfasst von Marbella Justine und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 34 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini dilaksanakan bagi membangunkan, mengesahkan dan menilai kebolehpercayaan Modul ASSIDE, iaitu modul pengajaran kemahiran menulis karangan tidak berformat untuk murid Tahun Enam dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun (BKD). Modul ASSIDE dibangunkan berasaskan tindanan Model ASSURE dan SIDEK, yang menyediakan asas kukuh bagi merancang PdP secara sistematik, tersusun dan berpusatkan murid. Modul ini turut mengintegrasikan Strategi ORBIT serta bahan bantu digital I-Bulugu untuk menyokong penjanaan idea, pengembangan isi, pembinaan struktur karangan secara berperingkat, pengukuhan KBAT, dan peningkatan motivasi. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif melalui instrumen soal selidik bagi menilai kesahan kandungan, kesahan muka dan kebolehpercayaan modul. Proses pengesahan dijalankan melalui empat panel pakar merangkumi bidang kandungan, bahasa, pedagogi dan reka bentuk modul dari institusi pendidikan awam. Seterusnya, tahap kebolehpercayaan modul diuji melalui kajian rintis yang melibatkan 30 murid Tahun Enam yang mengikuti PdP menggunakan Modul ASSIDE. Dapatan menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik tahap kesukaran kemahiran bahasa ialah .899, soal selidik maklum balas PdP ialah .934, dan soal selidik KBAT ialah .917. Hasil kajian turut membuktikan bahawa penggunaan Modul ASSIDE meningkatkan penglibatan murid, penyusunan idea yang lebih sistematik, kreativiti, serta keupayaan menghasilkan karangan tidak berformat dengan lebih berkesan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul ASSIDE memenuhi ciri kesahan dan kebolehpercayaan sekali gus membuktikan potensinya sebagai bahan PdP inovatif dan berstruktur untuk meningkatkan literasi serta memartabatkan Bahasa Kadazandusun.
Zitieren
APA
Justine, M., & Taisin, N. J. (2026). REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL ASSIDE BAGI PENULISAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN. International Journal of Modern Education, 8(29), 841. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829050
Vancouver
Justine M, Taisin NJ. REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL ASSIDE BAGI PENULISAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):841. doi:10.35631/ijmoe.829050
BibTeX
@article{Justine2026,
author = {Justine, Marbella and Taisin, Norjietta Julita},
title = {REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL ASSIDE BAGI PENULISAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {841},
doi = {10.35631/ijmoe.829050}
}
EUVIMED