EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

ANALISIS KETAKSAAN HOMONIM DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU(BM) SEKOLAH KEBANGSAAN MURID TAHUN LIMA BERDASARKAN TEORI SEMANTIK KOGNITIF

Farizah Hashim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli

International Journal of Education Psychology and Counseling · 06.03.2026 · 11 (62) · 495

DOI: 10.35631/ijepc.1162031 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 06.03.2026. Verfasst von Farizah Hashim und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 16 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini bertujuan menganalisis kefahaman makna tiga leksikal homonim yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu (BM) Sekolah Kebangsaan Murid Tahun Lima berdasarkan Teori Semantik Kognitif. Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Responden merupakan sembilan orang murid tahun lima berbangsa Melayu di sebuah sekolah rendah dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dapatan kajian dianalisis berdasarkan Teori Semantik Kognitif yang merangkumi konsep trajektor (TR) dan landmark (LM), kerangka jaringan radial serta skema imej Lakoff (1987). Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman murid terhadap tiga leksikal homonim, iaitu (i) raut, (ii) laras, dan (iii) kelam adalah sederhana. Dapatan menunjukkan responden kerap menggunakan makna pinggiran baharu (MPB) yang bersifat abstrak berbanding makna teras (MT) yang konkrit. Perluasan makna berlaku secara sistematik daripada domain konkrit kepada abstrak melalui proses metafora yang berlandaskan pengalaman badaniah. Faktor persekitaran fizikal, andaian dan pengalaman peribadi menjadi faktor utama yang mendorong murid mentafsir makna leksikal homonim berdasarkan konteks sosial dan keperluan komunikasi semasa. Implikasinya, kajian ini mengetengahkan faktor-faktor kognitif yang mempengaruhi tafsiran makna homonim serta memberi sumbangan kepada perkembangan teori semantik, institusi bahasa, penggubal dasar dan amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Bahasa Melayu (BM).

Zitieren

APA

Hashim, F., & Rusli, N. F. M. (2026). ANALISIS KETAKSAAN HOMONIM DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU(BM) SEKOLAH KEBANGSAAN MURID TAHUN LIMA BERDASARKAN TEORI SEMANTIK KOGNITIF. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 495. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162031

Vancouver

Hashim F, Rusli NFM. ANALISIS KETAKSAAN HOMONIM DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU(BM) SEKOLAH KEBANGSAAN MURID TAHUN LIMA BERDASARKAN TEORI SEMANTIK KOGNITIF. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):495. doi:10.35631/ijepc.1162031

BibTeX
@article{Hashim2026,
  author = {Hashim, Farizah and Rusli, Nur Farahkhanna Mohd},
  title = {ANALISIS KETAKSAAN HOMONIM DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU(BM) SEKOLAH KEBANGSAAN MURID TAHUN LIMA BERDASARKAN TEORI SEMANTIK KOGNITIF},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  pages = {495},
  doi = {10.35631/ijepc.1162031}
}
Kostenlos starten →