EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KEBOLEHGUNAAN GAMIE-MODUL LANR (LATIHAN ASAS NOTA RINGKAS) BAGI PENGIRAAN BAJA DALAM KALANGAN MURID PERTANIAN

Anizah Mohd Salleh, Nur Ayuni Natasha Roslan, Shafeeqa Shahruddin, Faizah Abu Kassim

International Journal of Education Psychology and Counseling · 02.03.2026 · 11 (62) · 217

DOI: 10.35631/ijepc.1162015 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 02.03.2026. Verfasst von Anizah Mohd Salleh und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 32 Literaturangaben. Gefördert von: Universiti Pendidikan Sultan Idris [Skim Geran Penyelidikan Strategik.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berupaya mencipta lingkungan pembelajaran yang interaktif di dalam kelas. Walau bagaimanapun, penggunaan TMK masih belum lagi dilaksanakan secara menyeluruh dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Situasi ini turut dihadapi bagi mata pelajaran Pertanian berikutan terdapat guru yang kurang berminat dengan penggunaan BBM berasaskan teknologi. Maka, penghasilan E-Modul yang dilengkapi dengan komponen gamifikasi bagi subtopik Pengiraan Baja iaitu GamiE-Modul LaNr (Latihan asas Nota ringkas) merupakan inovasi aplikasi TMK dalam PdPc. Bagi tujuan kajian ini, kebolehgunaan GamiE-Modul LaNr bagi subtopik Pengiraan Baja dinilai dari elemen kandungan, multimedia dan teknikal dalam kalangan murid Tingkatan 4 Pertanian di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Alor Setar, Kedah. Penilaian kebolehgunaan ini menggunakan penyelidikan kuantitatif dengan kaedah soal selidik yang melibatkan seramai 52 orang responden. Data dianalisis secara diskriptif statistik dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 27 bagi mendapatkan kekerapan (f), peratus (%), min (M) dan sisihan piawai (SP). Elemen yang mencatat nilai min keseluruhan tertinggi ialah teknikal (M=4.74) dan diikuti oleh kandungan (M=4.69) dan multimedia (M=4.67). Kajian ini memberi implikasi yang positif kepada murid melalui penggunaan GamiE-Modul LaNr sebagai BBM sekaligus dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik Pengiraan Baja. Ia turut mengetengahkan potensi elemen teknikal yang menjadi elemen utama dalam pembangunan BBM berasaskan TMK.

Förderung

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris [Skim Geran Penyelidikan Strategik

Zitieren

APA

Salleh, A. M., Roslan, N. A. N., Shahruddin, S., & Kassim, F. A. (2026). KEBOLEHGUNAAN GAMIE-MODUL LANR (LATIHAN ASAS NOTA RINGKAS) BAGI PENGIRAAN BAJA DALAM KALANGAN MURID PERTANIAN. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 217. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162015

Vancouver

Salleh AM, Roslan NAN, Shahruddin S, Kassim FA. KEBOLEHGUNAAN GAMIE-MODUL LANR (LATIHAN ASAS NOTA RINGKAS) BAGI PENGIRAAN BAJA DALAM KALANGAN MURID PERTANIAN. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):217. doi:10.35631/ijepc.1162015

BibTeX
@article{Salleh2026,
  author = {Salleh, Anizah Mohd and Roslan, Nur Ayuni Natasha and Shahruddin, Shafeeqa and Kassim, Faizah Abu},
  title = {KEBOLEHGUNAAN GAMIE-MODUL LANR (LATIHAN ASAS NOTA RINGKAS) BAGI PENGIRAAN BAJA DALAM KALANGAN MURID PERTANIAN},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  pages = {217},
  doi = {10.35631/ijepc.1162015}
}
Kostenlos starten →