Keberkesanan Modul Latihan PRS Berasaskan Pendekatan Terapi Ringkas Berfokuskan Solusi terhadap Efikasi Kendiri Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah
Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology · 30.04.2026 · 2 (1) · 1
DOI: 10.47836/pjocecp.2.1.01 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology, online erschienen am 30.04.2026. Verfasst von Wan Marzuki Wan Jaafar und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 11 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Modul Latihan Pembimbing Rakan Sebaya Berfokuskan Solusi terhadap tahap efikasi kendiri Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah menengah. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dua kumpulan tidak setara yang melibatkan 180 PRS daripada dua buah sekolah menengah di Malaysia. Kumpulan eksperimen menerima latihan berstruktur berasaskan model Egan dan pendekatan Terapi Ringkas Berfokuskan Solusi (SFBT) selama enam minggu, manakala kumpulan kawalan tidak menerima latihan. Instrumen utama kajian ialah Skala Efikasi Kendiri Pembimbing Rakan Sebaya (SEK-PRS) yang dibangunkan oleh pengkaji dan telah disahkan oleh enam panel pakar dengan kebolehpercayaan keseluruhan α = .955. Analisis ujian-t berpasangan dan ujian-t bebas menunjukkan peningkatan signifikan skor efikasi kendiri dalam kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan (t(178) = 13.26, p < .001, d = 1.98). Dapatan menunjukkan modul ini berupaya meningkatkan keyakinan, kemahiran asas menolong, dan keberkesanan PRS dalam melaksanakan peranan sokongan rakan sebaya. Implikasi kajian menegaskan kepentingan latihan PRS berasaskan teori dan pendekatan kaunseling yang praktikal dalam memperkasa sistem sokongan psikososial di sekolah.
Zitieren
APA
Jaafar, W. M. W., & Salim, M. H. M. (2026). Keberkesanan Modul Latihan PRS Berasaskan Pendekatan Terapi Ringkas Berfokuskan Solusi terhadap Efikasi Kendiri Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah. Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology, 2(1), 1. https://doi.org/10.47836/pjocecp.2.1.01
Vancouver
Jaafar WMW, Salim MHM. Keberkesanan Modul Latihan PRS Berasaskan Pendekatan Terapi Ringkas Berfokuskan Solusi terhadap Efikasi Kendiri Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah. Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology. 2026;2(1):1. doi:10.47836/pjocecp.2.1.01
BibTeX
@article{Jaafar2026,
author = {Jaafar, Wan Marzuki Wan and Salim, Muhammad Hasnan Mohd},
title = {Keberkesanan Modul Latihan PRS Berasaskan Pendekatan Terapi Ringkas Berfokuskan Solusi terhadap Efikasi Kendiri Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah},
journal = {Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology},
year = {2026},
volume = {2},
number = {1},
pages = {1},
doi = {10.47836/pjocecp.2.1.01}
}
EUVIMED