EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

FAKTOR-FAKTOR PENENTU NIAT PENUKARAN KEPADA KOSMETIK HALAL DALAM KALANGAN GENERASI Z: SATU KERANGKA KONSEPTUAL BERASASKAN TEORI PUSH-PULL-MOORING

Wan Nur Azura Wan Abdullah, Nurul Hafizah Mohd Yasin, Norsyamlina Che Abdul Rahim

Advanced International Journal of Business Entrepreneurship and SMEs · 31.03.2026 · 8 (27) · 745

DOI: 10.35631/aijbes.827047 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Advanced International Journal of Business Entrepreneurship and SMEs, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Wan Nur Azura Wan Abdullah und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 26 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pertumbuhan pesat industri kosmetik halal telah meningkatkan persaingan dengan kosmetik konvensional. Walau bagaimanapun, peluasan penawaran produk halal tidak semestinya mendorong pengguna untuk beralih secara automatik. Fenomena ini menuntut pemahaman yang lebih mendalam terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi niat penukaran kepada kosmetik halal. Sehubungan itu, kajian konseptual ini bertujuan mencadangkan satu kerangka berasaskan teori Push–Pull–Mooring (PPM) bagi menjelaskan niat penukaran kepada kosmetik halal dalam kalangan pengguna di Malaysia. Kajian ini mengklasifikasikan kepercayaan jenama sebagai faktor tolakan (push) yang mendorong pengguna meninggalkan kosmetik konvensional apabila timbul keraguan terhadap keselamatan, ketelusan dan kesahihan status halal. Imej jenama dan nilai yang dirasai pula dikenal pasti sebagai faktor tarikan (pull) yang menarik pengguna kepada kosmetik halal melalui persepsi kualiti, integriti etika serta manfaat fungsional dan simbolik. Selain itu, kepercayaan agama dikonseptualisasikan sebagai faktor pengikat (mooring) yang mempengaruhi kecenderungan penukaran dengan mengukuhkan keutamaan pematuhan Syariah dalam keputusan penggunaan. Dengan mengintegrasikan faktor berkaitan jenama dan dimensi keagamaan dalam satu kerangka PPM yang menyeluruh, kajian ini menyumbang kepada pengembangan literatur pemasaran halal dan pemahaman terhadap tingkah laku penukaran pengguna.

Zitieren

APA

Abdullah, W. N. A. W., Yasin, N. H. M., & Rahim, N. C. A. (2026). FAKTOR-FAKTOR PENENTU NIAT PENUKARAN KEPADA KOSMETIK HALAL DALAM KALANGAN GENERASI Z: SATU KERANGKA KONSEPTUAL BERASASKAN TEORI PUSH-PULL-MOORING. Advanced International Journal of Business Entrepreneurship and SMEs, 8(27), 745. https://doi.org/10.35631/aijbes.827047

Vancouver

Abdullah WNAW, Yasin NHM, Rahim NCA. FAKTOR-FAKTOR PENENTU NIAT PENUKARAN KEPADA KOSMETIK HALAL DALAM KALANGAN GENERASI Z: SATU KERANGKA KONSEPTUAL BERASASKAN TEORI PUSH-PULL-MOORING. Advanced International Journal of Business Entrepreneurship and SMEs. 2026;8(27):745. doi:10.35631/aijbes.827047

BibTeX
@article{Abdullah2026,
  author = {Abdullah, Wan Nur Azura Wan and Yasin, Nurul Hafizah Mohd and Rahim, Norsyamlina Che Abdul},
  title = {FAKTOR-FAKTOR PENENTU NIAT PENUKARAN KEPADA KOSMETIK HALAL DALAM KALANGAN GENERASI Z: SATU KERANGKA KONSEPTUAL BERASASKAN TEORI PUSH-PULL-MOORING},
  journal = {Advanced International Journal of Business Entrepreneurship and SMEs},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {27},
  pages = {745},
  doi = {10.35631/aijbes.827047}
}
Kostenlos starten →