EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC-ND 4.0

MEMBANGUNKAN KERANGKA KONSEPTUAL PEMILIHAN PELAKON FILEM DAKWAH BERASASKAN TEORI TAKMILAH

Mohamad Shafiei Ayub, Ahmad Rosli Mohd Nor, Hajar Opir, Aminah Abd. Rhapor

E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 19.10.2026 · 9 (2) · 101-116

DOI: 10.24191/3ecfnb10 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 19.10.2026. Verfasst von Mohamad Shafiei Ayub und 3 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pemilihan pelakon dalam filem dakwah merupakan aspek kritikal yang melampaui pertimbangan bakat lakonan dan penampilan fizikal semata-mata. Pelakon berperanan sebagai medium utama dalam menyampaikan mesej dakwah kepada khalayak menjadikan pemilihan mereka satu tanggungjawab yang berat dari sudut syariat Islam. Artikel ini mencadangkan satu kerangka konseptual bagi pemilihan pelakon filem dakwah berlandaskan Teori Takmilah yang dibangunkan oleh Shafie Abu Bakar. Teori ini menekankan pencapaian kesempurnaan (takmil) dalam karya seni Islam menerusi tujuh prinsip iaitu ketuhanan (Kamal), kerasulan (Kamil), keislaman (Akmal), keilmuan (Takamul), karya (Takmilah), pengkarya (Istikmal) dan khalayak (Kamil). Walaupun kajian tentang filem Islam semakin berkembang perhatian yang terhad diberikan kepada pemilihan pelakon dari perspektif teori Islam khususnya yang berlandaskan kerangka kesusasteraan Islam tempatan. Berdasarkan sorotan literatur terhadap kajian filem dakwah konsep uswatun hasanah dan prinsip-prinsip Teori Takmilah artikel ini mengenal pasti tiga indikator teras dalam pemilihan pelakon iaitu integriti akhlak keupayaan komunikasi dakwah melalui lakonan serta kesesuaian fizikal mengikut keperluan syariat. Kerangka konseptual yang dicadangkan menawarkan pendekatan yang terstruktur dan berlandaskan nilai Islam yang berpotensi mengukuhkan industri filem dakwah di Malaysia dengan memastikan pemilihan pelakon dipandu bukan hanya oleh keperluan komersial tetapi juga oleh tanggungjawab dakwah yang sebenar.

Zitieren

APA

Ayub, M. S., Nor, A. R. M., Opir, H., & Rhapor, A. A. (2026). MEMBANGUNKAN KERANGKA KONSEPTUAL PEMILIHAN PELAKON FILEM DAKWAH BERASASKAN TEORI TAKMILAH. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(2), 101-116. https://doi.org/10.24191/3ecfnb10

Vancouver

Ayub MS, Nor ARM, Opir H, Rhapor AA. MEMBANGUNKAN KERANGKA KONSEPTUAL PEMILIHAN PELAKON FILEM DAKWAH BERASASKAN TEORI TAKMILAH. E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(2):101-116. doi:10.24191/3ecfnb10

BibTeX
@article{Ayub2026,
  author = {Ayub, Mohamad Shafiei and Nor, Ahmad Rosli Mohd and Opir, Hajar and Rhapor, Aminah Abd.},
  title = {MEMBANGUNKAN KERANGKA KONSEPTUAL PEMILIHAN PELAKON FILEM DAKWAH BERASASKAN TEORI TAKMILAH},
  journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
  year = {2026},
  volume = {9},
  number = {2},
  pages = {101--116},
  doi = {10.24191/3ecfnb10}
}
Kostenlos starten →