Corak Komunikasi Keluarga dan Penghargaan Kendiri Belia dalam Keluarga Ibu Bapa Tunggal
Trends in Undergraduate Research · 2025
DOI: 10.33736/tur.10184.2025 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Trends in Undergraduate Research, 2025. Verfasst von Siti Haslina Hussin und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-SA 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Komunikasi keluarga yang berkesan memainkan peranan penting dalam pembentukan penghargaan kendiri, terutamanya dalam kalangan belia yang berasal daripada keluarga ibu bapa tunggal. Ketiadaan pasangan dalam struktur keluarga ini mewujudkan cabaran melaksanakan komunikasi keluarga yang efektif dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bagi meneliti hubungan antara corak komunikasi keluarga dengan tahap penghargaan kendiri dalam kalangan belia yang tinggal dalam keluarga ibu bapa tunggal. Responden kajian terdiri daripada 90 belia berusia antara 13 hingga 20 tahun di kawasan Sarikei, Sarawak. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi dua instrumen utama iaitu Revised Family Communication Pattern (RFCP) untuk mengukur corak komunikasi keluarga dan Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) bagi menilai tahap penghargaan kendiri responden. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil analisis menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara corak komunikasi keluarga dengan tahap penghargaan kendiri belia. Namun begitu, dapatan kajian ini memberikan gambaran yang jelas mengenai interaksi belia dalam struktur keluarga ibu bapa tunggal, di mana ketiadaan pasangan mewujudkan cabaran komunikasi yang unik. Kajian ini juga berpotensi membantu pihak-pihak berkepentingan, termasuk kaunselor dan pendidik, dalam merangka intervensi yang sesuai bagi menyokong kesejahteraan psikososial belia daripada keluarga tunggal.
Zitieren
APA
Hussin, S. H., & Rahman, N. A. A. A. (2025). Corak Komunikasi Keluarga dan Penghargaan Kendiri Belia dalam Keluarga Ibu Bapa Tunggal. Trends in Undergraduate Research. https://doi.org/10.33736/tur.10184.2025
Vancouver
Hussin SH, Rahman NAAA. Corak Komunikasi Keluarga dan Penghargaan Kendiri Belia dalam Keluarga Ibu Bapa Tunggal. Trends in Undergraduate Research. 2025. doi:10.33736/tur.10184.2025
BibTeX
@article{Hussin2025,
author = {Hussin, Siti Haslina and Rahman, Nur Aisyah Ardila Abdul},
title = {Corak Komunikasi Keluarga dan Penghargaan Kendiri Belia dalam Keluarga Ibu Bapa Tunggal},
journal = {Trends in Undergraduate Research},
year = {2025},
doi = {10.33736/tur.10184.2025}
}
EUVIMED