HUBUNGAN PENGGUNAAN INSTAGRAM TERHADAP PENGHARGAAN KENDIRI, KEMURUNGAN DAN KESUNYIAN DALAM KALANGAN BELIA DI SABAH
Quantum Journal of Social Sciences and Humanities · 30.06.2026 · 7 (3) · 666-677
DOI: 10.55197/qjssh.v7i3.1246 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von FADHILAH ATIQAH ADNAN und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Perkembangan pesat teknologi komunikasi dan media sosial telah mengubah corak interaksi sosial dalam kalangan masyarakat moden, khususnya golongan belia. Instagram merupakan salah satu platform media sosial yang paling popular dalam kalangan belia kerana ciri visual dan interaktif yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, peningkatan penggunaan Instagram turut menimbulkan kebimbangan terhadap kesannya terhadap kesejahteraan psikologikal pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan Instagram dengan penghargaan kendiri, kemurungan dan kesunyian dalam kalangan belia di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan seramai 455 responden berumur antara 18 hingga 30 tahun. Instrumen kajian terdiri daripada Instagram Intensity Scale, Rosenberg Self-Esteem Scale, Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) dan UCLA Loneliness Scale. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melalui ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara penggunaan Instagram dengan penghargaan kendiri dan kemurungan. Walau bagaimanapun, tiada hubungan signifikan ditemui antara penggunaan Instagram dengan kesunyian. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap pemahaman kesan media sosial terhadap kesihatan mental belia serta keperluan kepada intervensi yang lebih berkesan dalam mengawal penggunaan media sosial. The rapid development of communication technology and social media has transformed social interaction patterns, particularly among youth. Instagram has emerged as one of the most popular platforms due to its visual and interactive features. However, increasing usage has raised concerns regarding its impact on psychological well-being. This study aims to examine the relationship between Instagram usage, self-esteem, depression, and loneliness among youth in Sabah. A quantitative approach was employed involving 455 respondents aged between 18 and 30 years. Instruments used include the Instagram Intensity Scale, Rosenberg Self-Esteem Scale, Depression Anxiety Stress Scale and UCLA Loneliness Scale. Data were analysed using descriptive and inferential statistics. Findings indicate significant relationships between Instagram usage and self-esteem as well as depression. However, no significant relationship was found with loneliness. This study contributes to understanding the psychological impact of social media and highlights the need for effective interventions.
Zitieren
APA
ADNAN, F. A., ROSMAN, N. F., & HOESNI, S. M. (2026). HUBUNGAN PENGGUNAAN INSTAGRAM TERHADAP PENGHARGAAN KENDIRI, KEMURUNGAN DAN KESUNYIAN DALAM KALANGAN BELIA DI SABAH. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(3), 666-677. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i3.1246
Vancouver
ADNAN FA, ROSMAN NF, HOESNI SM. HUBUNGAN PENGGUNAAN INSTAGRAM TERHADAP PENGHARGAAN KENDIRI, KEMURUNGAN DAN KESUNYIAN DALAM KALANGAN BELIA DI SABAH. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;7(3):666-677. doi:10.55197/qjssh.v7i3.1246
BibTeX
@article{ADNAN2026,
author = {ADNAN, FADHILAH ATIQAH and ROSMAN, NUR FIRZANA and HOESNI, SUZANA MOHD},
title = {HUBUNGAN PENGGUNAAN INSTAGRAM TERHADAP PENGHARGAAN KENDIRI, KEMURUNGAN DAN KESUNYIAN DALAM KALANGAN BELIA DI SABAH},
journal = {Quantum Journal of Social Sciences and Humanities},
year = {2026},
volume = {7},
number = {3},
pages = {666--677},
doi = {10.55197/qjssh.v7i3.1246}
}
EUVIMED