EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC-SA 4.0

Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

Nadhilah Abdul Pisal, Kamarul Shukri Mat Teh

Issues in Language Studies · 2018

DOI: 10.33736/ils.1617.2018 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Issues in Language Studies, 2018. Verfasst von Nadhilah Abdul Pisal und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 29 Literaturangaben. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-SA 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kepercayaan terhadap pembelajaran bahasa dapat mempengaruhi tindakan pelajar dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, faktor kepercayaan ini juga dapat mempengaruhi pencapaian bahasa pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis dan tahap kepercayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk kepercayaan utama. Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa secara keseluruhan serta mengikut konstruk kepercayaan utama. Responden kajian ini didapati mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam konstruk motivasi dan harapan. Kepercayaan terendah pula diwakili oleh konstruk kebolehan semula jadi dalam pembelajaran bahasa. Kesimpulannya, pelajar mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap pembelajaran bahasa Arab yang dibentuk berdasarkan pengalaman pembelajaran lalu. Di samping itu, kajian ini juga memberi gambaran awal tahap kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah.

Zitieren

APA

Pisal, N. A., & Teh, K. S. M. (2018). Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Issues in Language Studies. https://doi.org/10.33736/ils.1617.2018

Vancouver

Pisal NA, Teh KSM. Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Issues in Language Studies. 2018. doi:10.33736/ils.1617.2018

BibTeX
@article{Pisal2018,
  author = {Pisal, Nadhilah Abdul and Teh, Kamarul Shukri Mat},
  title = {Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab},
  journal = {Issues in Language Studies},
  year = {2018},
  doi = {10.33736/ils.1617.2018}
}
Kostenlos starten →