EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KE ARAH PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN MAMPAN DALAM TVET: PEMBANGUNAN MODEL PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERASASKAN WAKAF DI MALAYSIA

Norshahira Kamarzaman, Nur Hanim Othman, Siti Noor Aishah Abdul Latif Sabri

iBAF e-Proceedings · 29.10.2026 · 12 (1) · 692-708

DOI: 10.33102/qbwkze13 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift iBAF e-Proceedings, online erschienen am 29.10.2026. Verfasst von Norshahira Kamarzaman und 2 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Aktiviti penyelidikan dan inovasi (R&D) memainkan peranan penting dalam memperkukuh kualiti, daya saing dan kelestarian institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Namun demikian, kekangan sumber kewangan serta kebergantungan yang tinggi terhadap peruntukan kerajaan terus membataskan pembangunan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam sektor TVET di Malaysia. Keadaan ini menunjukkan keperluan kepada mekanisme pembiayaan alternatif yang lebih mampan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti penyelidikan dalam jangka panjang. Kajian ini bertujuan membangunkan model pembiayaan penyelidikan dan inovasi berasaskan wakaf untuk institusi TVET di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang melibatkan tiga fasa, iaitu analisis keperluan, reka bentuk model dan penilaian model. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen serta temu bual separa berstruktur bersama pakar dalam bidang wakaf, kewangan Islam, pengurusan penyelidikan dan TVET. Dapatan analisis keperluan menunjukkan beberapa cabaran utama, antaranya kekurangan dana penyelidikan, kepelbagaian sumber pembiayaan yang terhad serta ketiadaan mekanisme pembiayaan mampan yang khusus bagi menyokong aktiviti penyelidikan dan inovasi. Pada masa yang sama, wakaf menunjukkan potensi yang besar sebagai instrumen kewangan sosial Islam yang mampu menyokong penyelidikan dan inovasi melalui pelbagai mekanisme seperti wakaf tunai, wakaf aset, wakaf saham dan platform kutipan dana digital. Berdasarkan keperluan yang dikenal pasti serta pandangan pakar, kajian ini mencadangkan sebuah model pembiayaan berasaskan wakaf yang mengintegrasikan sumber pembiayaan, struktur tadbir urus, proses pengurusan dana dan komponen pelaksanaan penyelidikan. Model yang dicadangkan dijangka dapat menyediakan kerangka pembiayaan yang mampan bagi institusi TVET di samping menyumbang kepada pemerkasaan kewangan sosial Islam di Malaysia. Kajian ini turut menyokong agenda pembangunan mampan, penghasilan ilmu serta pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi melalui penggemblengan instrumen wakaf secara strategik.

Zitieren

APA

Kamarzaman, N., Othman, N. H., & Sabri, S. N. A. A. L. (2026). KE ARAH PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN MAMPAN DALAM TVET: PEMBANGUNAN MODEL PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERASASKAN WAKAF DI MALAYSIA. iBAF e-Proceedings, 12(1), 692-708. https://doi.org/10.33102/qbwkze13

Vancouver

Kamarzaman N, Othman NH, Sabri SNAAL. KE ARAH PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN MAMPAN DALAM TVET: PEMBANGUNAN MODEL PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERASASKAN WAKAF DI MALAYSIA. iBAF e-Proceedings. 2026;12(1):692-708. doi:10.33102/qbwkze13

BibTeX
@article{Kamarzaman2026,
  author = {Kamarzaman, Norshahira and Othman, Nur Hanim and Sabri, Siti Noor Aishah Abdul Latif},
  title = {KE ARAH PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN MAMPAN DALAM TVET: PEMBANGUNAN MODEL PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERASASKAN WAKAF DI MALAYSIA},
  journal = {iBAF e-Proceedings},
  year = {2026},
  volume = {12},
  number = {1},
  pages = {692--708},
  doi = {10.33102/qbwkze13}
}
Kostenlos starten →