EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

INDUSTRI NANAS: PERANAN DAN CABARAN DALAM PENJANAAN EKONOMI MALAYSIA

Anizah Md Ali

Journal of Economics and Sustainability · 2021

DOI: 10.32890/jes2021.3.2.1 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Economics and Sustainability, 2021. Verfasst von Anizah Md Ali. Die Arbeit wurde bisher 4-mal zitiert (Crossref) und nennt 27 Literaturangaben. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Nanas merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-16 oleh orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Costa Rica merupakan pengeluar dan pengeksport utama nanas dunia. Produk nanas terdiri daripada nanas segar, jus nanas, dan nanas tin. Selain itu, nanas juga boleh diproses sebagai jem, sos, halwa, dan dikeringkan. Kedudukan Malaysia dalam pengeluaran dunia secara relatifnya adalah kecil iaitu pada kedudukan ke 19 pada tahun 2020. Namun, ia amat signifikan kepada ekonomi negara dari aspek pendapatan dan peluang pekerjaan. Di Malaysia kawasan penanaman utama adalah di Johor, Selangor, Pahang, Sarawak, Sabah, dan Kedah. Selain pasaran domestik, nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara seperti China, Singapura, Hong Kong, dan Timur Tengah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan, sumbangan, dan cabaran industri nanas dalam penjanaan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanaman nanas di Malaysia amat berpotensi di masa depan dan kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan industri ini terus berdaya saing dalam memacu ekonomi Malaysia khususnya bagi menjamin kelangsungan tanaman nanas dan makanan amnya.

Zitieren

APA

Ali, A. M. (2021). INDUSTRI NANAS: PERANAN DAN CABARAN DALAM PENJANAAN EKONOMI MALAYSIA. Journal of Economics and Sustainability. https://doi.org/10.32890/jes2021.3.2.1

Vancouver

Ali AM. INDUSTRI NANAS: PERANAN DAN CABARAN DALAM PENJANAAN EKONOMI MALAYSIA. Journal of Economics and Sustainability. 2021. doi:10.32890/jes2021.3.2.1

BibTeX
@article{Ali2021,
  author = {Ali, Anizah Md},
  title = {INDUSTRI NANAS: PERANAN DAN CABARAN DALAM PENJANAAN EKONOMI MALAYSIA},
  journal = {Journal of Economics and Sustainability},
  year = {2021},
  doi = {10.32890/jes2021.3.2.1}
}
Kostenlos starten →