EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Analisis Kritikal Isu Keterjaminan Makanan dalam Industri Padi dan Beras di Malaysia: Cabaran dan Prospek Kelestarian

Hasliza Talib, Siti Zaleha Ibrahim, Norul Huda Bakar, Mohd Musa Sarip, Syaripah Nazirah Syed Ager

Journal of Muwafaqat · 31.10.2026 · 9 (2) · 17-28

DOI: 10.53840/5fe1a462 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Muwafaqat, online erschienen am 31.10.2026. Verfasst von Hasliza Talib und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Keterjaminan makanan merupakan tunjang kestabilan nasional, namun industri padi dan beras di Malaysia berdepan cabaran berkaitan ketersediaan bekalan, produktiviti, kos pengeluaran, struktur pasaran, tadbir urus dan kesejahteraan pesawah. Kajian ini bertujuan menganalisis isu keterjaminan makanan dalam industri padi dan beras serta menilai keperluan kerangka berasaskan maqasid syariah. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif dengan analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Seramai lima informan dipilih secara persampelan bertujuan, meliputi seorang pesawah, tiga ahli akademik dan seorang wakil agensi yang mempunyai kepakaran dalam ekonomi pertanian, keterjaminan makanan, industri padi dan beras serta maqasid syariah. Data temu bual direkodkan dengan kebenaran peserta, ditranskripsi secara verbatim dan dianalisis secara manual melalui analisis tematik serta analisis kandungan. Dapatan mengenal pasti enam isu utama, iaitu pengeluaran yang rendah dan tidak konsisten, tenaga kerja, perubahan iklim dan bencana alam, kos pengeluaran meningkat, serta kelemahan pengurusan industri yang meliputi struktur pasaran, harga dan subsidi. Dapatan turut menunjukkan bahawa keterjaminan makanan berada pada tuntutan daruriyyat dan berkait dengan lima prinsip maqasid syariah, dengan hifz al-nafs diberi keutamaan apabila berlaku pertentangan antara kelangsungan bekalan makanan dengan kepentingan komersial. Sumbangan utama kajian ialah pengemukaan kerangka keterjaminan makanan yang menghubungkan isu industri dengan hifz al-nafs, , hifz al-dīn, hifz al-‘aql dan hifz al-nasl serta prinsip maslahat dan mafsadah. Kerangka ini memberi asas konseptual untuk menilai dasar dan tadbir urus industri secara lebih holistik. Food security is a cornerstone of national stability. Malaysia’s paddy and rice industry faces challenges related to supply availability, productivity, production costs, market structure, governance and farmers’ welfare. This study aims to critically examine food security issues in Malaysia’s paddy and rice industry and assess the need for a framework grounded in maqasid syariah. A qualitative design was employed using document analysis and semi-structured interviews. Five purposively selected informants participated: one paddy farmer, three academics and one agency representative with expertise in agricultural economics, food security, the paddy and rice industry, and maqasid syariah. Interviews were audio-recorded with participants’ permission, transcribed verbatim, and manually analysed using thematic and content analysis. The findings identified six major issues: low and inconsistent production, labour constraints, climate change and natural disasters, rising production costs, and structural management problems involving market structure, price controls and subsidies. The findings also indicate that food security constitutes a daruriyyat requirement and is directly related to the five maqasid syariah principles. Hifz al-nafs is prioritised when food security conflicts with short-term commercial interests. The main contribution of the study is a conceptual framework linking industry issues with hifz al-nafs, hifz al-dīn, hifz al-‘aql and hifz al-nasl, guided by the principles of maslahah and mafsadah. The framework provides a basis for evaluating food policy and industry governance from a more holistic perspective.

Zitieren

APA

Talib, H., Ibrahim, S. Z., Bakar, N. H., Sarip, M. M., & Ager, S. N. S. (2026). Analisis Kritikal Isu Keterjaminan Makanan dalam Industri Padi dan Beras di Malaysia: Cabaran dan Prospek Kelestarian. Journal of Muwafaqat, 9(2), 17-28. https://doi.org/10.53840/5fe1a462

Vancouver

Talib H, Ibrahim SZ, Bakar NH, Sarip MM, Ager SNS. Analisis Kritikal Isu Keterjaminan Makanan dalam Industri Padi dan Beras di Malaysia: Cabaran dan Prospek Kelestarian. Journal of Muwafaqat. 2026;9(2):17-28. doi:10.53840/5fe1a462

BibTeX
@article{Talib2026,
  author = {Talib, Hasliza and Ibrahim, Siti Zaleha and Bakar, Norul Huda and Sarip, Mohd Musa and Ager, Syaripah Nazirah Syed},
  title = {Analisis Kritikal Isu Keterjaminan Makanan dalam Industri Padi dan Beras di Malaysia: Cabaran dan Prospek Kelestarian},
  journal = {Journal of Muwafaqat},
  year = {2026},
  volume = {9},
  number = {2},
  pages = {17--28},
  doi = {10.53840/5fe1a462}
}
Kostenlos starten →