PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM
International Journal of Islamic Business · 31.12.2024 · 9 (2) · 1-10
DOI: 10.32890/ijib2024.9.2.1 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Islamic Business, online erschienen am 31.12.2024. Verfasst von Suhaida Herni Suffarruddin und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Destinasi pelancongan mesra Muslim bukan sahaja menjadi lokasi tarikan bagi pelancong beragama Islam, malah turut popular dalam kalangan pelancongan lain yang berminat untuk menerokai keunikan Islam. Keterujaan pelancong memilih destinasi sebegini membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Malaysia melaksanakan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan temasuk program homestay yang terkenal dengan pelancongan budaya. Inisiatif menuju ke arah Homestay Mesra Muslim dilihat berpotensi menyumbang kepada penjanaan pendapatan industri pelancongan di Malaysia. Namun, persekitaran yang mencabar menyebabkan pengusaha perlu lebih berinovasi agar kekal berdaya saing di peringkat global. Menariknya, analisis tinjauan literatur turut mendedahkan bahawa inovasi adalah penting dalam pembangunan program homestay. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai pelaksanaan inovasi dalam program homestay yang secara langsung menyumbang kepada konsep homestay mesra Muslim. Temu bual mendalam telah dijalankan dengan penyelaras bagi lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia bagi mendalami aspek inovasi. Hasil kajian mendedahkan bahawa inovasi yang dilaksanakan merangkumi empat elemen iaitu privasi dan keselamatan, kemudahan dan persekitaran, serta kebersihan dan keselesaan. Penemuan ini amat bermanfaat kepada pemain industri sebagai penanda aras dalam merancang strategi pembangunan program homestay. Selain itu, konsep homestay mesra Muslim ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan budaya di Malaysia. Ini dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan inovasi adalah penting dan bermanfaat bukan sahaja terhadap pengusaha homestay malah kepada pelancong daripada Malaysia dan seluruh dunia.
Zitieren
APA
Suffarruddin, S. H., Anim, N. A. H. M., & Najib, N. M. (2024). PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM. International Journal of Islamic Business, 9(2), 1-10. https://doi.org/10.32890/ijib2024.9.2.1
Vancouver
Suffarruddin SH, Anim NAHM, Najib NM. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM. International Journal of Islamic Business. 2024;9(2):1-10. doi:10.32890/ijib2024.9.2.1
BibTeX
@article{Suffarruddin2024,
author = {Suffarruddin, Suhaida Herni and Anim, Nur Aqilah Hazirah Mohd and Najib, Najwa Mohd},
title = {PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM},
journal = {International Journal of Islamic Business},
year = {2024},
volume = {9},
number = {2},
pages = {1--10},
doi = {10.32890/ijib2024.9.2.1}
}
EUVIMED