PEMBINAAN MODEL KEUTAMAAN ILMU DALAM KEPIMPINAN ISLAM (MKIKI) BERASASKAN FIQH AL-AWLAWIYYAT AL- QARAḌĀWĪ
E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 01.04.2026 · 9 (1) · 149-168
DOI: 10.24191/wgnfab17 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 01.04.2026. Verfasst von Mohd Zaid Mustafar und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan membangunkan Model Keutamaan Ilmu dalam Kepimpinan Islam (MKIKI) berasaskan kerangka Fiqh al-Awlawiyyat yang dipelopori oleh Yusuf al-Qaraḍāwī bagi menangani keperluan penentuan keutamaan secara sistematik dalam kepimpinan Islam kontemporari. Kepimpinan yang berkesan memerlukan keupayaan menentukan keutamaan tindakan secara tepat dalam situasi yang kompleks dan dinamik, namun pendekatan sedia ada didapati masih kurang mengintegrasikan keutamaan ilmu, maqasid syariah, ijtihad dan maslahah dalam proses membuat keputusan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap sumber turath dan karya kontemporari bagi membina satu kerangka konseptual yang komprehensif. Dapatan kajian menghasilkan MKIKI sebagai satu model yang terdiri daripada lima dimensi utama, iaitu epistemologi (keutamaan ilmu), maqasid (tujuan syariah), ijtihad (keanjalan penentuan hukum), maslahah (pertimbangan kepentingan umum) dan strategik (pelaksanaan berimpak). Dimensi epistemologi meletakkan ilmu sebagai asas legitimasi dan ketepatan kepimpinan, manakala dimensi maqasid memberikan arah berdasarkan tujuan syariah. Dimensi ijtihad memastikan keupayaan menyesuaikan hukum dengan realiti semasa, dimensi maslahah membimbing pemilihan keputusan yang memaksimumkan manfaat dan meminimumkan mudarat, dan dimensi strategik menekankan perancangan serta pelaksanaan yang berkesan. Integrasi kelima-lima dimensi ini menghasilkan satu kerangka kepimpinan yang holistik, dinamik dan responsif terhadap perubahan semasa. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan teori kepimpinan Islam dengan memperkenalkan MKIKI sebagai model berstruktur berasaskan Fiqh al-Awlawiyyat, serta mempunyai implikasi praktikal dalam bidang pentadbiran, pengurusan organisasi, dasar awam dan pembangunan kepimpinan, di samping mencadangkan kajian lanjutan berbentuk empirikal bagi menguji keberkesanannya dalam konteks sebenar.
Zitieren
APA
Mustafar, M. Z., Ismail, A. H., & Suyurno, S. S. (2026). PEMBINAAN MODEL KEUTAMAAN ILMU DALAM KEPIMPINAN ISLAM (MKIKI) BERASASKAN FIQH AL-AWLAWIYYAT AL- QARAḌĀWĪ. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 149-168. https://doi.org/10.24191/wgnfab17
Vancouver
Mustafar MZ, Ismail AH, Suyurno SS. PEMBINAAN MODEL KEUTAMAAN ILMU DALAM KEPIMPINAN ISLAM (MKIKI) BERASASKAN FIQH AL-AWLAWIYYAT AL- QARAḌĀWĪ. E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(1):149-168. doi:10.24191/wgnfab17
BibTeX
@article{Mustafar2026,
author = {Mustafar, Mohd Zaid and Ismail, Abdul Halim and Suyurno, S. Salahudin},
title = {PEMBINAAN MODEL KEUTAMAAN ILMU DALAM KEPIMPINAN ISLAM (MKIKI) BERASASKAN FIQH AL-AWLAWIYYAT AL- QARAḌĀWĪ},
journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
year = {2026},
volume = {9},
number = {1},
pages = {149--168},
doi = {10.24191/wgnfab17}
}
EUVIMED