PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG
E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 01.04.2026 · 9 (1) · 187-200
DOI: 10.24191/d9pvq343 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 01.04.2026. Verfasst von Muhd Imran Abd Razak und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini membincangkan tentang pendekatan Maqasid al-Shariʿah dalam membentuk tadbir urus Islam berasaskan Fiqh al-Watan di Negeri Pahang dalam menghadapi cabaran pentadbiran kontemporari. Walaupun tradisi tadbir urus Islam telah wujud dalam sejarah Melayu-Islam, masih terdapat ruang penambahbaikan dari sudut integrasi sistematik antara prinsip maqasid dan realiti tempatan serta ketiadaan instrumen penilaian yang komprehensif. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis peranan maqasid sebagai asas normatif, menghuraikan fiqh al-watan sebagai kerangka kontekstual serta mencadangkan model tadbir urus Maqasid-watan yang disokong oleh sistem indikator keberhasilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya melalui analisis kandungan terhadap sumber klasik dan kontemporari. Dapatan menunjukkan bahawa integrasi maqasid dan fiqh al-watan mampu membentuk model tadbir urus yang holistik melalui gabungan nilai, struktur dan fungsi yang seimbang. Selain itu, Matriks KMGI signifikan berperanan menterjemahkan maqasid kepada indikator yang boleh diukur bagi meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pentadbiran. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan maqasid-watan berpotensi menjadi kerangka praktikal dalam membangunkan governans Islam yang kontekstual dan berorientasikan kemaslahatan masyarakat.
Zitieren
APA
Razak, M. I. A., Kamil, I. M. M., Rahim, R. A. A., Muhammad, A., & Hassan, P. (2026). PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 187-200. https://doi.org/10.24191/d9pvq343
Vancouver
Razak MIA, Kamil IMM, Rahim RAA, Muhammad A, Hassan P. PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG. E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(1):187-200. doi:10.24191/d9pvq343
BibTeX
@article{Razak2026,
author = {Razak, Muhd Imran Abd and Kamil, Ibrahim Majdi Mohamad and Rahim, Rahimin Affandi Abdul and Muhammad, Amran and Hassan, Paiz},
title = {PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG},
journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
year = {2026},
volume = {9},
number = {1},
pages = {187--200},
doi = {10.24191/d9pvq343}
}
EUVIMED