EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC-ND 4.0

KETELUSAN DIGITAL INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA: ANALISIS PERBANDINGAN LAMAN SESAWANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (2015-2025)

Nurjannah Salleh, Syahrina Hayati Md Jani, Nor Tasik Misba

E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 19.10.2026 · 9 (2) · 73-89

DOI: 10.24191/p5cdz362 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 19.10.2026. Verfasst von Nurjannah Salleh und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Ketelusan digital dalam laman sesawang memainkan peranan penting dalam memupuk kepercayaan, akauntabiliti, dan keterlibatan pihak berkepentingan dalam pengurusan wakaf. Ia bukan sahaja berkait rapat dengan penyediaan maklumat tetapi juga memastikan maklumat tersebut jelas, mudah diakses, dan relevan dengan kepentingan serta kebimbangan pihak berkepentingan. Dengan mengamalkan ketelusan, sesebuah organisasi dapat mengukuhkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan, seterusnya menyumbang kepada amalan tadbir urus yang lebih baik secara keseluruhan. Ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada orang awam memberikan impak positif dan secara tidak langsung meningkatkan mutu perkhidmatan dalam talian institusi wakaf. Institusi wakaf juga mengalami evolusi yang ketara dalam penggunaan teknologi yang telus kerana ketelusan yang tinggi menawarkan pelbagai kelebihan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan, menjadikan platform dalam talian lebih berprestasi tinggi dan membolehkan akses secara meluas kepada data kewangan serta tadbir urus. Semakin tinggi tahap ketelusan, semakin tinggi keyakinan orang awam, khususnya golongan penderma dan pengawal selia. Oleh kerana institusi wakaf bergantung sepenuhnya kepada sokongan awam, mereka perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan organisasi lebih dipercayai dan bebas dari keraguan. Kajian ini menumpukan perhatian kepada institusi wakaf di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Institusi wakaf merupakan pertubuhan kebajikan berasaskan agama yang perlu menjalankan tadbir urus yang berkesan untuk mengekalkan keyakinan awam terhadap keupayaan mereka sebagai pemegang amanah tunggal aset wakaf di setiap negeri. Kajian ini meneliti bagaimana penggunaan internet mampu meningkatkan tahap ketelusan institusi wakaf di Malaysia melalui analisis isi kandungan laman sesawang. Laman sesawang dipilih kerana kelebihannya sebagai platform komunikasi dengan pihak berkepentingan, membolehkan amalan pendedahan kewangan dan maklumat korporat dilaksanakan secara lebih baik dalam talian, yang penting bagi meningkatkan prestasi institusi. Tahap ketelusan internet juga boleh meningkatkan prestasi institusi wakaf dengan memberikan akses kepada pelabur, dan membolehkan pihak berkepentingan lain mendapatkan maklumat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah ketelusan dalam institusi wakaf dengan meneliti pelbagai sumber literatur dan kajian terdahulu mengenai pengurusan institusi wakaf.

Zitieren

APA

Salleh, N., Jani, S. H. M., & Misba, N. T. (2026). KETELUSAN DIGITAL INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA: ANALISIS PERBANDINGAN LAMAN SESAWANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (2015-2025). E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(2), 73-89. https://doi.org/10.24191/p5cdz362

Vancouver

Salleh N, Jani SHM, Misba NT. KETELUSAN DIGITAL INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA: ANALISIS PERBANDINGAN LAMAN SESAWANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (2015-2025). E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(2):73-89. doi:10.24191/p5cdz362

BibTeX
@article{Salleh2026,
  author = {Salleh, Nurjannah and Jani, Syahrina Hayati Md and Misba, Nor Tasik},
  title = {KETELUSAN DIGITAL INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA: ANALISIS PERBANDINGAN LAMAN SESAWANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (2015-2025)},
  journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
  year = {2026},
  volume = {9},
  number = {2},
  pages = {73--89},
  doi = {10.24191/p5cdz362}
}
Kostenlos starten →