PRINSIP ASAS ISLAM: ANALISIS BIBLIOMETRIK PENYELIDIKAN BERKAITAN TASAWUR ISLAM, AKIDAH, SYARIAH, IBADAH DAN AKHLAK (2015–2025)
E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 19.10.2026 · 9 (2) · 134-156
DOI: 10.24191/yn8jd533 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 19.10.2026. Verfasst von Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Prinsip asas Islam yang merangkumi Tasawur Islam, Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak merupakan komponen utama dalam pembentukan kehidupan seorang Muslim. Walau bagaimanapun, perkembangan penyelidikan berkaitan prinsip-prinsip tersebut masih belum dianalisis secara menyeluruh dari perspektif bibliometrik. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan penyelidikan berkaitan prinsip asas Islam berdasarkan penerbitan yang diindeks dalam pangkalan data Scopus bagi tempoh 2015 hingga 2025. Kajian ini menggunakan pendekatan bibliometrik deskriptif dengan menganalisis 43 artikel yang dipilih melalui proses carian sistematik dan penyaringan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Analisis melibatkan trend penerbitan, sumber penerbitan, pengarang, negara, sitasi, kata kunci, tema penyelidikan dan evolusi tema. Dapatan menunjukkan bahawa penyelidikan berkaitan prinsip asas Islam meningkat dengan ketara selepas tahun 2020, dengan 23 artikel (53.5%) diterbitkan antara tahun 2023 hingga 2025. Indonesia dan Malaysia dikenal pasti sebagai negara paling produktif dalam bidang ini. Analisis tema menunjukkan bahawa Akhlak, Pendidikan Islam dan Pembentukan Sahsiah merupakan fokus utama penyelidikan, manakala Tasawur Islam dan Akidah lebih banyak berfungsi sebagai asas konseptual. Kajian ini turut mengenal pasti kekurangan penyelidikan yang menghubungkan secara integratif antara Tasawur Islam, Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih komprehensif mengenai landskap penyelidikan prinsip asas Islam serta mencadangkan agenda penyelidikan masa hadapan.
Zitieren
APA
Aziz, M. K. N. M., & Mustafar, M. Z. M. (2026). PRINSIP ASAS ISLAM: ANALISIS BIBLIOMETRIK PENYELIDIKAN BERKAITAN TASAWUR ISLAM, AKIDAH, SYARIAH, IBADAH DAN AKHLAK (2015–2025). E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(2), 134-156. https://doi.org/10.24191/yn8jd533
Vancouver
Aziz MKNM, Mustafar MZM. PRINSIP ASAS ISLAM: ANALISIS BIBLIOMETRIK PENYELIDIKAN BERKAITAN TASAWUR ISLAM, AKIDAH, SYARIAH, IBADAH DAN AKHLAK (2015–2025). E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(2):134-156. doi:10.24191/yn8jd533
BibTeX
@article{Aziz2026,
author = {Aziz, Mohd Khairul Nizam Mohd and Mustafar, Mohd Zaid Mustafar},
title = {PRINSIP ASAS ISLAM: ANALISIS BIBLIOMETRIK PENYELIDIKAN BERKAITAN TASAWUR ISLAM, AKIDAH, SYARIAH, IBADAH DAN AKHLAK (2015–2025)},
journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
year = {2026},
volume = {9},
number = {2},
pages = {134--156},
doi = {10.24191/yn8jd533}
}
EUVIMED