TINJAUAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TAWARAN DAN PENERIMAAN SERTA ĪJĀB DAN QABŪL DALAM PEMBENTUKAN KONTRAK
E-Journal of Islamic Thought & Understanding · 01.04.2026 · 9 (1) · 29-39
DOI: 10.24191/75s8n707 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift E-Journal of Islamic Thought & Understanding, online erschienen am 01.04.2026. Verfasst von Farihana Abdul Razak und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Pemahaman terhadap pembentukan kontrak merupakan asas penting bagi memastikan pihak yang berjanji memasuki kontrak secara sah dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Dalam konteks pendidikan perakaunan, konsep ini diperkenalkan melalui subjek Pengenalan kepada Undang-Undang Komersial (LAW240) dan Asas Perakaunan Islam (CTU231), yang menekankan elemen utama seperti tawaran, penerimaan, ijab, dan qabul. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep tersebut, dengan memberi tumpuan kepada keupayaan mereka mengenal pasti persamaan dan perbezaan asas antara elemen pembentukan kontrak dalam undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran, iaitu analisis kualitatif melalui sorotan literatur bagi menghuraikan teori dan prinsip asas pembentukan kontrak, serta pendekatan kuantitatif melalui soal selidik atas talian (Google Form) bagi mendapatkan gambaran empirikal tentang tahap kefahaman pelajar. Seramai 153 orang responden daripada Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Tapah telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian merangkumi maklumat demografi dan soalan berbentuk tertutup (closed-ended) bagi menilai kefahaman pelajar terhadap konsep tawaran dan penerimaan dalam undang-undang sivil serta ijab dan qabul dalam undang-undang Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan pemahaman awal yang kukuh terhadap elemen asas pembentukan kontrak, di samping berupaya mengenal pasti serta menggunakan terminologi yang berkaitan dengan betul. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan memahami asas pembentukan kontrak serta menyokong pembangunan strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi kursus berkaitan undang-undang kontrak dalam bidang perakaunan.
Zitieren
APA
Razak, F. A., Ibrahim, A., & Kasmaruddin, N. I. (2026). TINJAUAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TAWARAN DAN PENERIMAAN SERTA ĪJĀB DAN QABŪL DALAM PEMBENTUKAN KONTRAK. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 29-39. https://doi.org/10.24191/75s8n707
Vancouver
Razak FA, Ibrahim A, Kasmaruddin NI. TINJAUAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TAWARAN DAN PENERIMAAN SERTA ĪJĀB DAN QABŪL DALAM PEMBENTUKAN KONTRAK. E-Journal of Islamic Thought & Understanding. 2026;9(1):29-39. doi:10.24191/75s8n707
BibTeX
@article{Razak2026,
author = {Razak, Farihana Abdul and Ibrahim, ‘Adnin and Kasmaruddin, Nurhidha Irawaty},
title = {TINJAUAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TAWARAN DAN PENERIMAAN SERTA ĪJĀB DAN QABŪL DALAM PEMBENTUKAN KONTRAK},
journal = {E-Journal of Islamic Thought & Understanding},
year = {2026},
volume = {9},
number = {1},
pages = {29--39},
doi = {10.24191/75s8n707}
}
EUVIMED