KONSTRUKSI KEPIMPINAN BERINTEGRITI MELAYU-ISLAM DALAM NARATIF LISAN LEMBANGAN SUNGAI PENGKALAN DATU: APLIKASI TEORI TAKMILAH
Quantum Journal of Social Sciences and Humanities · 31.10.2026 · 7 (5) · 145-157
DOI: 10.55197/qjssh.v7i5.1363 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 31.10.2026. Verfasst von MOHD FIRDAUS CHE YAACOB und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konstruksi kepimpinan berintegriti berpaksikan jati diri Melayu-Islam dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Dalam konteks masyarakat tradisional, naratif lisan berfungsi sebagai naskhah panduan yang memaparkan kriteria pemimpin ideal serta prinsip tadbir urus yang mampan. Fokus utama penelitian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri integriti dan tanggungjawab kepimpinan yang dimanifestasikan melalui watak-watak utama dalam naratif lisan tempatan. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menerapkan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks. Kerangka teori kajian disandarkan kepada Teori Takmilah yang dipelopori oleh Bakar, yang melihat sastera sebagai medium untuk mencapai kesempurnaan (Kamal) yang diredhai Allah SWT. Hasil kajian mendapati bahawa naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu mengkonstruksikan model kepimpinan yang tidak hanya mementingkan aspek kepahlawanan fizikal, malah menekankan aspek integriti moral, keadilan, dan ketakwaan yang selari dengan prinsip Takmilah. Penemuan ini membuktikan bahawa kearifan tempatan dalam sastera lisan amat menekankan keseimbangan antara amanah kepada manusia dan kepatuhan kepada syariat. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa sastera lisan tradisional merupakan sumber rujukan yang relevan dalam membina acuan kepimpinan masa kini yang berintegriti tinggi dan berpaksikan nilai murni Melayu-Islam. This study aims to analyze the construction of leadership integrity centered on Malay-Islamic identity within the text Seuntaian Naratif Lisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. In the context of traditional society, oral narratives function as a guiding framework that portrays the criteria of an ideal leader and the principles of sustainable governance. The primary focus of this research is to identify the characteristics of integrity and leadership responsibility manifested through the main characters in local folklore and legends. To achieve this objective, the study adopts a qualitative approach using the method of textual content analysis. The theoretical framework is grounded in the Takmilah Theory pioneered by Bakar, which views literature as a medium to achieve perfection (Kamal) pleasing to Allah SWT. The findings reveal that the oral narratives of the Pengkalan Datu River Basin construct a leadership model that emphasizes not only physical heroism but also moral integrity, justice, and piety, aligning with the principles of Takmilah. These findings prove that local wisdom in oral literature strongly emphasizes the balance between trustworthiness toward humanity and adherence to shari'ah. The implications of this study suggest that traditional oral literature serves as a relevant reference in building a contemporary leadership model of high integrity, rooted in noble Malay-Islamic values.
Zitieren
APA
YAACOB, M. F. C., & HUSIN, A. R. C. (2026). KONSTRUKSI KEPIMPINAN BERINTEGRITI MELAYU-ISLAM DALAM NARATIF LISAN LEMBANGAN SUNGAI PENGKALAN DATU: APLIKASI TEORI TAKMILAH. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(5), 145-157. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i5.1363
Vancouver
YAACOB MFC, HUSIN ARC. KONSTRUKSI KEPIMPINAN BERINTEGRITI MELAYU-ISLAM DALAM NARATIF LISAN LEMBANGAN SUNGAI PENGKALAN DATU: APLIKASI TEORI TAKMILAH. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;7(5):145-157. doi:10.55197/qjssh.v7i5.1363
BibTeX
@article{YAACOB2026,
author = {YAACOB, MOHD FIRDAUS CHE and HUSIN, AHMAD RIDHWAN CHE},
title = {KONSTRUKSI KEPIMPINAN BERINTEGRITI MELAYU-ISLAM DALAM NARATIF LISAN LEMBANGAN SUNGAI PENGKALAN DATU: APLIKASI TEORI TAKMILAH},
journal = {Quantum Journal of Social Sciences and Humanities},
year = {2026},
volume = {7},
number = {5},
pages = {145--157},
doi = {10.55197/qjssh.v7i5.1363}
}
EUVIMED