Pemilihan Bahasa Diaspora Masyarakat Banjar di Bagan Serai, Perak
Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 343-372
DOI: 10.21315/km2026.44.2.15 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Mohd Khaidir Abdul Wahab und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Masyarakat Banjar yang berasal dari Kalimantan Selatan sering dikaitkan dengan kecenderungan untuk berhijrah yang dikenali sebagai madam ka banua urang. Walaupun begitu, tradisi mereka beragama dan bersosial tetap terpelihara dengan baik. Di daerah Kerian (Bagan Serai, khususnya), Masjid Tinggi, Masjid Al-Attar dan Masjid At-Taqwa di Taman Serai Maju menjadi pusat aktiviti keagamaan seperti solat, pengajian al-Quran dan ceramah agama. Lokasi ini juga menjadi tempat pelaksanaan aktiviti dalam domain persahabatan seperti jamuan berbuka puasa. Selain bahasa ibunda, masyarakat ini berkomunikasi dalam persekitaran yang menuturkan dialek Melayu Kedah (DMK), bahasa Melayu standard (BM) dan bahasa lain. Kajian ini bertujuan mengkaji pemilihan bahasa dalam situasi multibahasa ini. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif melibatkan pemerhatian berpartisipasi dan rakaman tanpa sedar, manakala kaedah kuantitatif melibatkan soal selidik. Pendekatan Fishman diterapkan sebagai kerangka kajian kerana sesuai dengan konteks masyarakat multibahasa. Kajian rintis dilakukan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik menggunakan sampel yang ditentukan berdasarkan kaedah Krejcie dan Morgan. Hasil kajian mendapati bahawa pola hierarki pemilihan bahasa dalam domain keagamaan berdasarkan sampel ialah BM + DMK = DMK > BBanjar + DMK > BBanjar = BBanjar + BM = BM. Bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Kedah lebih banyak digunakan dalam situasi keagamaan di masjid yang bersifat formal dan mudah difahami oleh sebahagian besar jemaah. Dalam domain persahabatan, pola pemilihan bahasa berdasarkan sampel kajian ini ialah BBanjar + DMK = BBanjar + BM > BBanjar > BM + DMK > DMK. Bahasa Banjar masih dominan dalam kalangan generasi berusia, manakala generasi kedua (41–55 tahun) cenderung menggunakan campuran bahasa Banjar dengan dialek Melayu Kedah dan bahasa Melayu standard. Kajian ini memberikan implikasi penting terhadap kosa ilmu masyarakat Banjar di Bagan Serai, khususnya dalam domain keagamaan dan persahabatan.
Zitieren
APA
Wahab, M. K. A., Shin, C., & Harun, K. (2026). Pemilihan Bahasa Diaspora Masyarakat Banjar di Bagan Serai, Perak. Kajian Malaysia, 44(2), 343-372. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.15
Vancouver
Wahab MKA, Shin C, Harun K. Pemilihan Bahasa Diaspora Masyarakat Banjar di Bagan Serai, Perak. Kajian Malaysia. 2026;44(2):343-372. doi:10.21315/km2026.44.2.15
BibTeX
@article{Wahab2026,
author = {Wahab, Mohd Khaidir Abdul and Shin, Chong and Harun, Karim},
title = {Pemilihan Bahasa Diaspora Masyarakat Banjar di Bagan Serai, Perak},
journal = {Kajian Malaysia},
year = {2026},
volume = {44},
number = {2},
pages = {343--372},
doi = {10.21315/km2026.44.2.15}
}
EUVIMED