Perbandingan Kaedah Rawatan Patah Tulang Masyarakat Melayu dan Jepun Semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941–1945)
Jurnal Wacana Sarjana · 13.11.2026 · 10 (3) · 89-100
DOI: 10.17576/jws.v10i3.755 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, online erschienen am 13.11.2026. Verfasst von Nurammar Salihin Noordin und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
ABSTRAK Kajian ini membandingkan kaedah rawatan patah tulang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan masyarakat Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 hingga 1945. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan teknik rawatan serta menganalisis pengaruh sejarah, budaya dan sosial terhadap pembentukan kedua-dua sistem perubatan tradisional. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan sejarah sosial melalui kajian kepustakaan dan analisis dokumentari terhadap sumber primer dan sekunder, termasuk rekod sejarah, manuskrip perubatan, kajian terdahulu dan testimoni lisan yang terdokumentasi. Data dianalisis menggunakan analisis kandungan bertema dan analisis perbandingan dengan Teori Sistem Perubatan Arthur Kleinman sebagai kerangka interpretasi. Dapatan menunjukkan bahawa kedua-dua masyarakat menekankan penjajaran tulang secara manual, penstabilan anggota dan penggunaan bahan semula jadi sebagai rawatan sokongan. Namun, rawatan Melayu lebih menonjolkan gabungan urutan, herba, unsur spiritual dan pantang larang, manakala Seikotsu Jepun memperlihatkan pendekatan yang lebih tersusun dan berorientasikan pemulihan fungsi anggota. Perbezaan tersebut mencerminkan pengaruh sistem nilai, pengalaman sejarah dan keperluan kesihatan masyarakat dalam konteks peperangan. Kajian ini memperluas perbincangan tentang sejarah perubatan tradisional, antropologi perubatan dan warisan budaya di Asia. Kata kunci: perubatan tradisional; patah tulang; masyarakat Melayu; Seikotsu; pendudukan Jepun ABSTRACT This study compares bone fracture treatment methods practised by Malay and Japanese communities during the Japanese occupation of Malaya between 1941 and 1945. It aims to identify similarities and differences in treatment techniques and to analyse the historical, cultural and social influences that shaped both traditional medical systems. The study adopts a qualitative social-history approach through library research and documentary analysis of primary and secondary materials, including historical records, medical manuscripts, previous studies and documented oral testimonies. Data are examined using thematic content analysis and comparative analysis, while Arthur Kleinman’s Medical Systems Theory is employed as an interpretive framework. The findings indicate that both communities emphasised manual bone alignment, limb stabilisation and the use of natural materials as supportive treatment. However, Malay fracture care more clearly combined massage, herbal preparations, spiritual elements and taboos, whereas Japanese Seikotsu reflected a more structured approach oriented towards restoring physical function. These differences demonstrate how medical practices were shaped by cultural values, historical experience and community health needs during wartime. The study contributes to discussions on the history of traditional medicine, medical anthropology and cultural heritage in Asia. Keywords: traditional medicine; fractures; Malay community; Seikotsu; Japanese occupation
Zitieren
APA
Noordin, N. S., & Hanafiah, M. G. (2026). Perbandingan Kaedah Rawatan Patah Tulang Masyarakat Melayu dan Jepun Semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941–1945). Jurnal Wacana Sarjana, 10(3), 89-100. https://doi.org/10.17576/jws.v10i3.755
Vancouver
Noordin NS, Hanafiah MG. Perbandingan Kaedah Rawatan Patah Tulang Masyarakat Melayu dan Jepun Semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941–1945). Jurnal Wacana Sarjana. 2026;10(3):89-100. doi:10.17576/jws.v10i3.755
BibTeX
@article{Noordin2026,
author = {Noordin, Nurammar Salihin and Hanafiah, Muammar Ghaddafi},
title = {Perbandingan Kaedah Rawatan Patah Tulang Masyarakat Melayu dan Jepun Semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941–1945)},
journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
year = {2026},
volume = {10},
number = {3},
pages = {89--100},
doi = {10.17576/jws.v10i3.755}
}
EUVIMED