Hutang, Gadai dan Kehilangan Tanah: Penelitian Semula Terhadap Kemunduran Ekonomi Melayu Luar Bandar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Semasa Pentadbiran British, 1922–1940
Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 213-235
DOI: 10.21315/km2026.44.2.10 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Amalan berhutang dan bergadai oleh orang Melayu semasa penjajahan British sering kali dihujahkan sebagai faktor yang signifikan terhadap kehilangan tanah. Oleh sebab amalan ini sering kali dilihat dari sisi negatif iaitu kehilangan tanah orang Melayu, tujuan amalan ini sebagai salah satu kaedah memperoleh modal orang Melayu diabaikan dan tidak ditegaskan dalam penulisan-penulisan lepas. Persoalannya, benarkah amalan berhutang dan bergadai ini hanya merugikan orang Melayu dan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kehilangan tanah orang Melayu? Penemuan kajian ini mendapati bahawa amalan berhutang dan bergadai dalam kalangan orang Melayu luar bandar penting untuk kelangsungan ekonomi kerana amalan ini merupakan kaedah penting untuk mendapatkan kredit sebagai modal meneruskan kehidupan seharian. Namun, kekangan perundangan khasnya perundangan tanah dan pengenaan syarat tanaman tertentu khasnya tanaman padi oleh pentadbir British menyebabkan pulangan hasil yang amat rendah kepada orang Melayu, malah tidak mendatangkan sebarang keuntungan pada kebanyakan tahun. Hal ini bukan hanya menyukarkan orang Melayu menjelaskan hutang yang dibuat, malah menyebabkan orang Melayu tidak mampu menjelaskan cukai tanah dan kos-kos lain berkaitan tanah. Natijahnya, tanah diambil alih oleh pemiutang atau dilelong oleh kerajaan. Ketidakcukupan peruntukan untuk tujuan kredit yang disediakan oleh pentadbiran British bagi membolehkan orang Melayu luar bandar berintegrasi dengan permodenan ekonomi memburukkan lagi keadaan ekonomi orang Melayu. Skop penulisan artikel ini bermula pada tahun 1922 melalui pewartaan Cooperative Societies Enactment yang membawa kepada kewujudan Koperasi Kredit Luar Bandar untuk membantu orang Melayu memperoleh sokongan kredit dan berakhir pada tahun 1940 menjelang pendudukan Jepun. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan pendekatan sejarah dan analisis sumber primer. Sumber primer utama yang dirujuk bagi penulisan artikel ini ialah rekod-rekod rasmi British berkaitan dengan Tanah Melayu iaitu Selangor Secretariat File, Annual Report on the Working of Co-operative Societies in Federated Malay States and Straits Settlements, Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Perak, dan F.M.S Government Gazette. Sumber-sumber ini membantu pengkaji memperincikan kekangan yang dihadapi orang Melayu untuk berintegrasi dengan ekonomi moden serta perundangan dan tindakan pentadbir British yang menjadikan orang Melayu sebagai kelompok yang berhutang.
Zitieren
APA
Sharif, S. N. H. M., & Zainun, N. (2026). Hutang, Gadai dan Kehilangan Tanah: Penelitian Semula Terhadap Kemunduran Ekonomi Melayu Luar Bandar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Semasa Pentadbiran British, 1922–1940. Kajian Malaysia, 44(2), 213-235. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.10
Vancouver
Sharif SNHM, Zainun N. Hutang, Gadai dan Kehilangan Tanah: Penelitian Semula Terhadap Kemunduran Ekonomi Melayu Luar Bandar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Semasa Pentadbiran British, 1922–1940. Kajian Malaysia. 2026;44(2):213-235. doi:10.21315/km2026.44.2.10
BibTeX
@article{Sharif2026,
author = {Sharif, Siti Noor Hafizah Mohamed and Zainun, Nazarudin},
title = {Hutang, Gadai dan Kehilangan Tanah: Penelitian Semula Terhadap Kemunduran Ekonomi Melayu Luar Bandar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Semasa Pentadbiran British, 1922–1940},
journal = {Kajian Malaysia},
year = {2026},
volume = {44},
number = {2},
pages = {213--235},
doi = {10.21315/km2026.44.2.10}
}
EUVIMED