EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 3.0

Peranan Qawa’id Syari’ah dalam Merungkai Polemik Dirāyah Al-Ḥadīth

Yasir Ramlee, Amir Asyraf Rushihi

Global Journal Al-Thaqafah · 31.07.2026 · 16 (1) · 251-265

DOI: 10.7187/gjat072026-15 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Global Journal Al-Thaqafah, online erschienen am 31.07.2026. Verfasst von Yasir Ramlee und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 3.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Hadis Nabawi merupakan sumber utama dalam Perundangan Islam setelah al-Qur’an al-Karim. Perbahasan berkenaan Hadis adalah lebih kompleks jika dibandingkan dengan al-Qur’an kerana Hadis memerlukan keabsahan dari segi periwayatan dan isi kandungannya yang lebih beragam disebabkan peranan Nabi Muhammad saw yang pelbagai dalam kehidupan seharian. Nas Hadis telah dibahaskan secara komprehensif dalam disiplin ilmu Hadis (‘Ulum al-Ḥadīth) yang terbahagi kepada dua bahagian utama: ‘Ilm al-Riwāyah dan ‘Ilm al-Dirāyah. Ulasan yang dibuat terhadap sesuatu Hadis tanpa penguasaan ‘Ulum al-Ḥadīth dan metodologi yang tepat sering kali menimbulkan perdebatan dan polemik dalam kalangan umat Islam. Dalam hal ini, Qawa’id Syari‘ah dapat bertindak sebagai komplementari kepada ‘Ilm al-Dirayah kerana ia membantu merungkai keadaan dan maksud sesuatu Hadis. Makalah ini menghuraikan perkaitan di antara disiplin ‘Ilm al-Dirāyah dengan Qawa’id Syari’ah serta peranannya dalam menangani polemik yang berlaku disebabkan kesalahfahaman terhadap Hadis. Kajian topik dibuat melalui pendekatan analisis teks terhadap beberapa Hadis yang dibahaskan oleh para ulama melalui Qawa’id Syari’ah. Hasil menunjukkan, Qawa’id Syari’ah berperanan penting dalam mencapai keselarasan dan konsistensi pemahaman terhadap nas Hadis dengan sumber perundang-undangan lainnya.

Zitieren

APA

Ramlee, Y., & Rushihi, A. A. (2026). Peranan Qawa’id Syari’ah dalam Merungkai Polemik Dirāyah Al-Ḥadīth. Global Journal Al-Thaqafah, 16(1), 251-265. https://doi.org/10.7187/gjat072026-15

Vancouver

Ramlee Y, Rushihi AA. Peranan Qawa’id Syari’ah dalam Merungkai Polemik Dirāyah Al-Ḥadīth. Global Journal Al-Thaqafah. 2026;16(1):251-265. doi:10.7187/gjat072026-15

BibTeX
@article{Ramlee2026,
  author = {Ramlee, Yasir and Rushihi, Amir Asyraf},
  title = {Peranan Qawa’id Syari’ah dalam Merungkai Polemik Dirāyah Al-Ḥadīth},
  journal = {Global Journal Al-Thaqafah},
  year = {2026},
  volume = {16},
  number = {1},
  pages = {251--265},
  doi = {10.7187/gjat072026-15}
}
Kostenlos starten →