EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 3.0

Jihad Qital Kerajaan Islam Kalimantan Barat dalam Perang Monterado: Suatu Penelitian ke atas Naskhah Syair Perang Cina di Monterado

Hamzah Alezender

Global Journal Al-Thaqafah · 31.07.2026 · 16 (1) · 176-191

DOI: 10.7187/gjat072026-11 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Global Journal Al-Thaqafah, online erschienen am 31.07.2026. Verfasst von Hamzah Alezender. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 3.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kalimantan Barat adalah administratif Pulau Kalimantan yang memiliki sumber mineral emas. Rentetan dari kewujudan emas tersebut, migran Cina mulai dihadirkan di Kalimantan Barat pada abad ke-18 Masihi menerusi “restu” penguasa tempatan untuk mengusahakan lombong emas milik kerajaan Islam Mempawah dan Sambas. Meskipun riwayat dagang emas di Kalimantan Barat tidak semasyhur seperti di Singapura mahupun juga Batavia, namun keberadaannya di bawah kelolaan migran Cina telah memungkinkan berlakunya konflik bersenjata yang dikenali sebagai Perang Monterado antara kerajaan Islam Mempawah dan Sambas dengan migran Cina. Namun begitu, perebutan emas bukanlah permasalahan utama yang melatari peristiwa Perang Monterado kerana isu fundamental di sebalik konflik bersenjata tersebut sebenarnya menyangkut perjuangan jihad kerajaan Islam Mempawah dan Sambas dalam mempertahankan diri dari serangan, gangguan, dan penganiayaan migran Cina. Justeru, kajian ini ingin menganalisis peristiwa Perang Monterado untuk memanifestasikan jihad kerajaan Islam Mempawah dan Sambas khususnya jihad qital dalam menentang migran Cina. Kajian berbentuk kualitatif ini akan memanfaatkan naskhah historiografi Melayu berjudul Syair Perang Cina di Monterado sebagai data kajian. Hasil penelitian menggunakan pendekatan etnosentrisme mendapati bahawa Perang Monterado yang meletus telah menyerlahkan semangat jihad qital kerajaan Islam Mempawah dan Sambas dalam Perang Monterado. Implikasi dari kajian ini ialah dapat memanfaatkan peristiwa Perang Monterado dalam memaknai konsep jihad qital di samping memberikan kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan untuk bersikap defensif terhadap penindasan dan kezaliman.

Zitieren

APA

Alezender, H. (2026). Jihad Qital Kerajaan Islam Kalimantan Barat dalam Perang Monterado: Suatu Penelitian ke atas Naskhah Syair Perang Cina di Monterado. Global Journal Al-Thaqafah, 16(1), 176-191. https://doi.org/10.7187/gjat072026-11

Vancouver

Alezender H. Jihad Qital Kerajaan Islam Kalimantan Barat dalam Perang Monterado: Suatu Penelitian ke atas Naskhah Syair Perang Cina di Monterado. Global Journal Al-Thaqafah. 2026;16(1):176-191. doi:10.7187/gjat072026-11

BibTeX
@article{Alezender2026,
  author = {Alezender, Hamzah},
  title = {Jihad Qital Kerajaan Islam Kalimantan Barat dalam Perang Monterado: Suatu Penelitian ke atas Naskhah Syair Perang Cina di Monterado},
  journal = {Global Journal Al-Thaqafah},
  year = {2026},
  volume = {16},
  number = {1},
  pages = {176--191},
  doi = {10.7187/gjat072026-11}
}
Kostenlos starten →