Qisār al-Mufaṣṣal Dalam Dunia Pengajaran
Jamalullail Journal · 06.07.2026 · 5 (1) · 117-149
DOI: 10.64638/jj.v5i1.006 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jamalullail Journal, online erschienen am 06.07.2026. Verfasst von Muhammad Dawud AL-Hawariy bin Hamizan und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini meneliti kedudukan Qisār al-Mufaṣṣal sebagai asas dalam pengajaran al-Quran, khususnya pada peringkat awal pendidikan Islam. Fokus diberikan kepada bagaimana tradisi keilmuan Islam, amalan Nabi SAW serta sistem pendidikan kontemporari membentuk pendekatan pedagogi yang mengintegrasikan bacaan, hafazan dan pemahaman. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis tematik terhadap sumber klasik dan kontemporari bagi mengenal pasti konsep utama serta implikasi pedagoginya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembahagian al-Quran kepada bahagian tertentu oleh ulama menyediakan asas pedagogi yang berstruktur bagi pembelajaran secara berperingkat. Amalan Nabi SAW yang konsisten membaca surah-surah pendek dalam solat turut membentuk model pembelajaran berasaskan pengulangan yang menyokong hafazan dan pembiasaan. Selain itu, sistem pendidikan Islam masa kini mengadaptasi pendekatan ini dengan menjadikan Qisār al-Mufaṣṣal sebagai asas pembelajaran awal. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati wujud jurang dalam pengajaran semasa apabila hafazan lebih diberi penekanan berbanding pemahaman. Kajian ini menyimpulkan bahawa Qisār al-Mufaṣṣal perlu difahami sebagai satu unit pedagogi bersepadu yang menggabungkan bacaan, hafazan dan pemahaman secara sistematik bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran al-Quran.
Zitieren
APA
Hamizan, M. D. A. B., & Yasin, M. D. H. F. (2026). Qisār al-Mufaṣṣal Dalam Dunia Pengajaran. Jamalullail Journal, 5(1), 117-149. https://doi.org/10.64638/jj.v5i1.006
Vancouver
Hamizan MDAB, Yasin MDHF. Qisār al-Mufaṣṣal Dalam Dunia Pengajaran. Jamalullail Journal. 2026;5(1):117-149. doi:10.64638/jj.v5i1.006
BibTeX
@article{Hamizan2026,
author = {Hamizan, Muhammad Dawud AL-Hawariy bin and Yasin, Mohammad Dhiya’ul Hafidh Fatah},
title = {Qisār al-Mufaṣṣal Dalam Dunia Pengajaran},
journal = {Jamalullail Journal},
year = {2026},
volume = {5},
number = {1},
pages = {117--149},
doi = {10.64638/jj.v5i1.006}
}
EUVIMED