Menilai Isu Zikir Mufrad Dan Selawat Bukan Ma’thur Menurut Perspektif Fiqh Keutamaan
Jamalullail Journal · 06.07.2026 · 5 (1) · 89-116
DOI: 10.64638/jj.v5i1.005 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jamalullail Journal, online erschienen am 06.07.2026. Verfasst von Mohd Zulhamdi bin Zainol Abidin und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini bertujuan menganalisis kedudukan zikir mufrad dan selawat bukan ma’thur menurut perspektif Fiqh Keutamaan serta menilai sejauh mana amalan tersebut wajar diutamakan dalam kehidupan seorang Muslim. Pengamalan zikir mufrad dan selawat bukan ma’thur memperlihatkan pertembungan antara amalan yang menjadi perselisihan dalam kalangan ulama dengan amalan zikir dan selawat yang sabit secara jelas daripada Rasulullah SAW serta disepakati keutamaannya. Isu ini telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan menjadi antara topik yang sering dibincangkan dalam wacana keagamaan semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan zikir mufrad, selawat bukan ma’thur dan Fiqh Keutamaan. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun sebahagian ulama mengharuskan pengamalan zikir mufrad dan selawat bukan ma’thur berdasarkan pertimbangan tertentu, namun menurut perspektif Fiqh Keutamaan, amalan zikir dan selawat yang ma’thur daripada Rasulullah SAW adalah lebih utama untuk diberikan perhatian dan diamalkan kerana mempunyai sandaran yang lebih kukuh serta kelebihan yang lebih jelas berdasarkan nas syarak. Kajian ini turut menegaskan bahawa umat Islam sewajarnya mengutamakan amalan yang disepakati keutamaannya sebelum memberi perhatian kepada amalan yang menjadi perselisihan, selaras dengan prinsip mendahulukan perkara yang lebih kuat dalil dan lebih besar maslahatnya dalam Fiqh Keutamaan.
Zitieren
APA
Abidin, M. Z. B. Z., Ibrahim, B., & Idris, M. B. I. (2026). Menilai Isu Zikir Mufrad Dan Selawat Bukan Ma’thur Menurut Perspektif Fiqh Keutamaan. Jamalullail Journal, 5(1), 89-116. https://doi.org/10.64638/jj.v5i1.005
Vancouver
Abidin MZBZ, Ibrahim B, Idris MBI. Menilai Isu Zikir Mufrad Dan Selawat Bukan Ma’thur Menurut Perspektif Fiqh Keutamaan. Jamalullail Journal. 2026;5(1):89-116. doi:10.64638/jj.v5i1.005
BibTeX
@article{Abidin2026,
author = {Abidin, Mohd Zulhamdi bin Zainol and Ibrahim, Basri and Idris, Muhammad bin Ihsan},
title = {Menilai Isu Zikir Mufrad Dan Selawat Bukan Ma’thur Menurut Perspektif Fiqh Keutamaan},
journal = {Jamalullail Journal},
year = {2026},
volume = {5},
number = {1},
pages = {89--116},
doi = {10.64638/jj.v5i1.005}
}
EUVIMED