Kerangka Penilaian Berasaskan Sunnah Bagi Taksiran Zakat Saham Di Malaysia
Jamalullail Journal · 06.07.2026 · 5 (1) · 67-88
DOI: 10.64638/jj.v5i1.004 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jamalullail Journal, online erschienen am 06.07.2026. Verfasst von Muhammad Muthi`Ul Haqq bin Fatah Yasin und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Pensyariatan zakat terhadap kekayaan baharu seperti saham merupakan isu yang semakin mendapat perhatian dalam pentadbiran zakat kontemporari di Malaysia, sejajar dengan perkembangan instrumen pelaburan dan pasaran modal Islam. Sebagai harta berkembang (māl mustafād), saham memerlukan kaedah taksiran zakat yang selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Namun, kepelbagaian kaedah taksirannya menurut amalan semasa di kalangan institusi zakat negeri di Malaysia memerlukan kajian penilaian konsistensi kepada prinsip-prinsip syarak. Justeru, artikel ini mengkaji satu kerangka penilaian berasaskan Sunnah bagi menilai taksiran zakat saham di Malaysia. Berbeza daripada penulisan yang bersifat inventori deskriptif menyeluruh terhadap amalan negeri, artikel ini merumuskan lima prinsip penilaian, iaitu keadilan, kejelasan, kemudahan, pemilikan sempurna, dan harta berkembang, kemudian mengaplikasikannya terhadap beberapa pendekatan institusi zakat di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggabungkan analisis normatif terhadap prinsip zakat berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan fiqah, dengan analisis dokumen terfokus terhadap garis panduan rasmi institusi zakat negeri. Dapatan menunjukkan bahawa amalan semasa boleh dihimpunkan kepada empat model utama, iaitu model nilai pasaran semasa, model nilai terendah, model hibrid atau sensitif pemilikan, dan model penyederhanaan seperti simpanan. Setiap model mempunyai kekuatan tertentu, namun tiada satu pun yang menggabungkan kelima-lima prinsip Sunnah secara seimbang. Justeru, artikel ini mencadangkan satu kerangka normatif untuk tujuan semakan dasar dan penyelarasan masa hadapan bagi pentadbiran zakat saham di Malaysia.
Zitieren
APA
Yasin, M. M. H. B. F., & Mukhtar, A. H. F. B. M. B. (2026). Kerangka Penilaian Berasaskan Sunnah Bagi Taksiran Zakat Saham Di Malaysia. Jamalullail Journal, 5(1), 67-88. https://doi.org/10.64638/jj.v5i1.004
Vancouver
Yasin MMHBF, Mukhtar AHFBMB. Kerangka Penilaian Berasaskan Sunnah Bagi Taksiran Zakat Saham Di Malaysia. Jamalullail Journal. 2026;5(1):67-88. doi:10.64638/jj.v5i1.004
BibTeX
@article{Yasin2026,
author = {Yasin, Muhammad Muthi`Ul Haqq bin Fatah and Mukhtar, Ahmad Hamdani Fakhruddin Bin Mukhtar bin},
title = {Kerangka Penilaian Berasaskan Sunnah Bagi Taksiran Zakat Saham Di Malaysia},
journal = {Jamalullail Journal},
year = {2026},
volume = {5},
number = {1},
pages = {67--88},
doi = {10.64638/jj.v5i1.004}
}
EUVIMED