Tinjauan Awal Perkembangan Tafsir Berbahasa Melayu Di Alam Melayu: Dari Tradisi Awal Hingga Tafsir Al-Bayan
Jamalullail Journal · 06.07.2026 · 5 (1) · 47-66
DOI: 10.64638/jj.v5i1.003 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jamalullail Journal, online erschienen am 06.07.2026. Verfasst von Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku Mohammad und 3 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Perkembangan tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu merupakan salah satu komponen penting dalam sejarah intelektual Islam di Alam Melayu. Namun demikian, perkembangannya masih kurang dikaji secara sistematik dalam kerangka historiografi. Artikel ini mengemukakan sorotan awal terhadap perkembangan tafsir bahasa Melayu dengan menelusuri evolusinya daripada tradisi lisan pada zaman Islamisasi, seterusnya kepada penulisan berasaskan manuskrip, sehingga kemunculan karya-karya kontemporari seperti Tafsir al-Bayan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berasaskan analisis kandungan serta pendekatan sejarah-analitis, dengan memberikan tumpuan kepada penulisan akademik moden berkaitan sejarah dan perkembangan tafsir Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tafsir Melayu berkembang secara beransur-ansur dan tersusun, dipengaruhi oleh institusi pendidikan, jaringan keilmuan, perkembangan teknologi serta keperluan sosioagama masyarakat. Tafsir al-Bayan diketengahkan sebagai contoh fasa kematangan tafsir kontemporari yang dicirikan oleh penyusunan yang sistematik, penghayatan konteks semasa, serta pengintegrasian pendekatan tafsir klasik dan moden. Kajian ini merumuskan bahawa tafsir Melayu bukan sekadar terjemahan al-Quran, bahkan merupakan suatu wacana intelektual yang terus berkembang. Walau bagaimanapun, sebagai satu sorotan awal, kajian ini menegaskan keperluan penyelidikan yang lebih mendalam terhadap metodologi serta sumbangannya kepada tradisi intelektual Islam.
Zitieren
APA
Mohammad, T. I. H. B. T., Saodi, M. D. M., Sin, M. L. B. M., & Yasin, M. D. H. F. (2026). Tinjauan Awal Perkembangan Tafsir Berbahasa Melayu Di Alam Melayu: Dari Tradisi Awal Hingga Tafsir Al-Bayan. Jamalullail Journal, 5(1), 47-66. https://doi.org/10.64638/jj.v5i1.003
Vancouver
Mohammad TIHBT, Saodi MDM, Sin MLBM, Yasin MDHF. Tinjauan Awal Perkembangan Tafsir Berbahasa Melayu Di Alam Melayu: Dari Tradisi Awal Hingga Tafsir Al-Bayan. Jamalullail Journal. 2026;5(1):47-66. doi:10.64638/jj.v5i1.003
BibTeX
@article{Mohammad2026,
author = {Mohammad, Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku and Saodi, Mohd Danial Mohd and Sin, Muhammad Lukman bin Mat and Yasin, Mohammad Dhiya’ul Hafidh Fatah},
title = {Tinjauan Awal Perkembangan Tafsir Berbahasa Melayu Di Alam Melayu: Dari Tradisi Awal Hingga Tafsir Al-Bayan},
journal = {Jamalullail Journal},
year = {2026},
volume = {5},
number = {1},
pages = {47--66},
doi = {10.64638/jj.v5i1.003}
}
EUVIMED