EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Analisis Garis Panduan Fiqh Terhadap Pelawat Bukan Islam Di Masjid Putra, Putrajaya

Mohd Danial Mohd Saodi, Hamidah Mat

Jamalullail Journal · 06.07.2026 · 5 (1) · 28-46

DOI: 10.64638/jj.v5i1.002 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jamalullail Journal, online erschienen am 06.07.2026. Verfasst von Mohd Danial Mohd Saodi und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Peningkatan kedatangan pelancong bukan Islam ke Masjid Putra, Putrajaya menimbulkan cabaran pengurusan akibat kelemahan dan kekaburan pada garis panduan fiqh sedia ada. Oleh itu, kajian ini meneliti permasalahan tersebut dan mencadangkan penambahbaikan terhadap garis panduan berkenaan. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan triangulasi bagi pengumpulan data iaitu soal selidik terbuka yang diedarkan kepada 15 orang informan dalam kalangan pemandu pelancong masjid (MTG), pemerhatian lapangan, dan analisis dokumen, dengan data dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan secara tematik. Dapatan kajian mendedahkan isu fiqh utama di lapangan, iaitu ketidakpatuhan kod etika pemakaian (menutup aurat), ketiadaan penjelasan hukum khusus bagi pelancong wanita bukan Islam yang didatangi haid memasuki masjid, serta isu pelancong memegang mushaf al-Quran tanpa bimbingan. Rentetan itu, kajian ini mencadangkan agar garis panduan diperkemas dengan lebih terperinci berserta visual, diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing, menyediakan latihan silang budaya untuk kakitangan, serta memperkasakan penggunaan teknologi. Penambahbaikan ini diharap dapat meningkatkan pengalaman pelawat bukan Islam dan mempromosikan nilai inklusiviti, di samping teguh memelihara kesucian institusi masjid selaras dengan prinsip syarak.

Zitieren

APA

Saodi, M. D. M., & Mat, H. (2026). Analisis Garis Panduan Fiqh Terhadap Pelawat Bukan Islam Di Masjid Putra, Putrajaya. Jamalullail Journal, 5(1), 28-46. https://doi.org/10.64638/jj.v5i1.002

Vancouver

Saodi MDM, Mat H. Analisis Garis Panduan Fiqh Terhadap Pelawat Bukan Islam Di Masjid Putra, Putrajaya. Jamalullail Journal. 2026;5(1):28-46. doi:10.64638/jj.v5i1.002

BibTeX
@article{Saodi2026,
  author = {Saodi, Mohd Danial Mohd and Mat, Hamidah},
  title = {Analisis Garis Panduan Fiqh Terhadap Pelawat Bukan Islam Di Masjid Putra, Putrajaya},
  journal = {Jamalullail Journal},
  year = {2026},
  volume = {5},
  number = {1},
  pages = {28--46},
  doi = {10.64638/jj.v5i1.002}
}
Kostenlos starten →