EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Kajian tinjauan skop: Pengetahuan, sikap dan praktis penyusuan ibu dalam kalangan wanita bekerja

Zaharah Sulaiman, Rita Surianee Ahmad, Nik Hazlina Nik Hussain, Norhayati Mohd Noor

Jurnal Evolusi · 30.11.2023 · 4 (2) · 73-81

DOI: 10.61688/jev.v4i2.138 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Evolusi, online erschienen am 30.11.2023. Verfasst von Zaharah Sulaiman und 3 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Latar Belakang: Banyak kajian menunjukkan manfaat penyusuan susu ibu untuk bayi dan ibu, tetapi praktis penyusuan secara eksklusif masih rendah terutama dalam kalangan ibu bekerja. Pelbagai cabaran penyusuan dikenalpasti apabila ibu kembali semula untuk bekerja. Objektif: Kajian tinjauan literatur ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep dan tema mengenai pengetahuan, sikap dan amalan penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu bekerja. Kaedah: Kajian tinjauan skop dilakukan untuk mengenal pasti, mengambil dan merumuskan literatur yang berkaitan dengan topik dari Scopus, CINAHL, MEDLINE, ProQuest, Google Scholar, Pubmed, dan web of science. Kriteria pemilihan literatur terhad kepada penerbitan dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan pada tahun 2015 hingga Januari 2022. Pendekatan carian secara berperingkat menggunakan kerangka kajian tinjauan skop oleh Arksey dan O'Malley yang terdiri dari lima peringkat iaitu: (1) mengenal pasti soalan atau objektif kajian (2) mengenal pasti kajian yang relevan, (3) pemilihan kajian, (4) klasifikasi data, dan (5) menyusun, mengumpul dan meringkaskan hasil dapatan Dapatan: Tujuh belas kajian memenuhi kriteria pemilihan. Praktis penyusuan disifatkan sebagai sesuatu yang mencabar kerana situasi persekitaran kerja. Ibu perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan, keseimbangan antara peranan sebagai ibu dan kerjaya dengan tugas yang sukar. Terdapat beberapa halangan dikenalpasti setelah kembali bekerja. Kesimpulan: Banyak kajian menunjukkan dapatan yang memuaskan mengenai pengetahuan dan sikap. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran dalam praktis penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja perlu diberi perhatian. Kajian kualitatif dicadangkan untuk mengenalpasti cabaran penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu yang bekerja.

Zitieren

APA

Sulaiman, Z., Ahmad, R. S., Hussain, N. H. N., & Noor, N. M. (2023). Kajian tinjauan skop: Pengetahuan, sikap dan praktis penyusuan ibu dalam kalangan wanita bekerja. Jurnal Evolusi, 4(2), 73-81. https://doi.org/10.61688/jev.v4i2.138

Vancouver

Sulaiman Z, Ahmad RS, Hussain NHN, Noor NM. Kajian tinjauan skop: Pengetahuan, sikap dan praktis penyusuan ibu dalam kalangan wanita bekerja. Jurnal Evolusi. 2023;4(2):73-81. doi:10.61688/jev.v4i2.138

BibTeX
@article{Sulaiman2023,
  author = {Sulaiman, Zaharah and Ahmad, Rita Surianee and Hussain, Nik Hazlina Nik and Noor, Norhayati Mohd},
  title = {Kajian tinjauan skop: Pengetahuan, sikap dan praktis penyusuan ibu dalam kalangan wanita bekerja},
  journal = {Jurnal Evolusi},
  year = {2023},
  volume = {4},
  number = {2},
  pages = {73--81},
  doi = {10.61688/jev.v4i2.138}
}
Kostenlos starten →