SOKONGAN KOMUNITI ISLAM DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH SEJAHTERA BAGI MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH: ANALISIS SUMBANGAN RAHMAH SUPPORT TEAM (RST)
International Journal of Islam and Contemporary Affairs · 30.06.2026 · 6 (1) · 47-70
DOI: 10.61465/jurnalyadim.v6.374 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Islam and Contemporary Affairs, online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von Fatin Nur Majdina Nordin und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam, semakin membimbangkan dan memerlukan pendekatan sokongan yang menyeluruh serta berteraskan nilai Islam. Dalam kerangka Malaysia MADANI, kesejahteraan insan menuntut pembangunan yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan spiritual, selari dengan prinsip pendidikan manusiawi yang bertujuan membina karakter pelajar berilmu dan berakhlak. Artikel ini menganalisis model sokongan komuniti dalam menangani isu kesihatan mental dari perspektif Islam melalui sumbangan badan bukan kerajaan (NGO), Rahmah Support Team (RST). Kajian ini meneliti inisiatif dan gerak kerja RST sebagai pelaksana intervensi komuniti berasaskan nilai ihsan, rahmah dan empati, yang menekankan keseimbangan antara sokongan rohani, psikososial dan pendidikan. Data kajian diperoleh melalui analisis dokumen, termasuk laporan program, modul latihan, serta penilaian impak pelaksanaan intervensi dalam kalangan komuniti sekolah, universiti, serta masyarakat bandar dan luar bandar. Pemetaan nilai-nilai Islam dan prinsip MADANI terhadap objektif serta hasil program dilaksanakan menggunakan pendekatan Teori Perubahan (Theory of Change). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengintegrasian nilai-nilai Islam dalam model sokongan komuniti bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan daya tahan emosi dan kesejahteraan mental peserta, malah turut memperkukuh budaya empati, ihsan dan sokongan sosial dalam komuniti. Artikel ini mencadangkan penambahbaikan ke arah pengukuhan kerjasama strategik antara NGO, institusi pendidikan dan agensi kerajaan bagi membangunkan ekosistem sokongan kesihatan mental yang mampan dan berteraskan nilai Islam di Malaysia.
Zitieren
APA
Nordin, F. N. M., Rambli, N., & Abdullah, N. A. (2026). SOKONGAN KOMUNITI ISLAM DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH SEJAHTERA BAGI MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH: ANALISIS SUMBANGAN RAHMAH SUPPORT TEAM (RST). International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 6(1), 47-70. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.374
Vancouver
Nordin FNM, Rambli N, Abdullah NA. SOKONGAN KOMUNITI ISLAM DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH SEJAHTERA BAGI MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH: ANALISIS SUMBANGAN RAHMAH SUPPORT TEAM (RST). International Journal of Islam and Contemporary Affairs. 2026;6(1):47-70. doi:10.61465/jurnalyadim.v6.374
BibTeX
@article{Nordin2026,
author = {Nordin, Fatin Nur Majdina and Rambli, Noratirah and Abdullah, Nor Akmariah},
title = {SOKONGAN KOMUNITI ISLAM DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH SEJAHTERA BAGI MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH: ANALISIS SUMBANGAN RAHMAH SUPPORT TEAM (RST)},
journal = {International Journal of Islam and Contemporary Affairs},
year = {2026},
volume = {6},
number = {1},
pages = {47--70},
doi = {10.61465/jurnalyadim.v6.374}
}
EUVIMED