EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Modul Cerita Nahu (Mcn) Bahasa Arab: Kajian Keberkesanan Kaedah I’rab Mudah, 5 Soalan Scan

Fairuz bin Mohamad, Mohd Sollah b. Mohamed, Haji Mohammad bin Seman

JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature · 2022

DOI: 10.59202/jall.v1i2.365 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 2022. Verfasst von Fairuz bin Mohamad und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan Kaedah I’rab Mudah 5 Soalan Scan (5SS) dalam Modul Cerita Nahu (MCN) sebagai satu pendekatan pembelajaran nahu dan i’rab dalam kalangan pelajar peringkat menengah atas. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen satu kumpulan jenis ujian pra dan pos. Ia mengaplikasikan Teori Konstruktivisme. Sampel kajian adalah seramai 61 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Selangor (SAMHL). Kajian ini menggunakan metodologi campuran iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan serta mengaplikasikan pendekatan kuantatif dan kualitatif. Dapatan analisis menunjukkan bahawa masalah utama pelajar dalam nahu adalah berpunca daripada kekeliruan menghubungkaitkan antara tajuk – tajuk nahu yang dipelajari secara berasingan. Penggunaan kaedah 5SS yang diperkenalkan dalam MCN terbukti berkesan dengan tepat untuk menyelesaikan masalah tersebut di mana penurunan ketara pelajar gagal ujian pra (13.11%) kepada (0.00%) ujian pos. Begitu juga peningkatan bilangan pelajar yang mendapat A- ke atas meningkat dari (6 orang) pada ujian pra kepada (54 orang) pada ujian pos. Peningkatan ini juga disokong oleh data - data melalui instrumen lain seperti tinjauan dan temu bual. Kaedah i’rab 5SS dalam (MCN) terbukti sesuai dan berkesan untuk pelajar di peringkat sekolah menengah atas. Semoga hasil daripada kajian bersignifikan ini dapat membantu pelajar, guru, pensyarah dan Kementerian Pelajar Malaysia dalam usaha menarik minat pelajar untuk menguasainya dengan lebih berkesan.

Zitieren

APA

Mohamad, F. B., Mohamed, M. S. B., & Seman, H. M. B. (2022). Modul Cerita Nahu (Mcn) Bahasa Arab: Kajian Keberkesanan Kaedah I’rab Mudah, 5 Soalan Scan. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature. https://doi.org/10.59202/jall.v1i2.365

Vancouver

Mohamad FB, Mohamed MSB, Seman HMB. Modul Cerita Nahu (Mcn) Bahasa Arab: Kajian Keberkesanan Kaedah I’rab Mudah, 5 Soalan Scan. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature. 2022. doi:10.59202/jall.v1i2.365

BibTeX
@article{Mohamad2022,
  author = {Mohamad, Fairuz bin and Mohamed, Mohd Sollah b. and Seman, Haji Mohammad bin},
  title = {Modul Cerita Nahu (Mcn) Bahasa Arab: Kajian Keberkesanan Kaedah I’rab Mudah, 5 Soalan Scan},
  journal = {JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature},
  year = {2022},
  doi = {10.59202/jall.v1i2.365}
}
Kostenlos starten →