EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik

Siti Noridayu Ab. Nasir, Hazlina Abdul Halim, Ahmad Shuib Yahaya

Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI) · 2024

DOI: 10.58915/jcsi.v6i1.814 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 2024. Verfasst von Siti Noridayu Ab. Nasir und 2 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Epilepsi adalah penyakit yang melibatkan masalah kepada neurologi manusia. Malah, epilepsi menyebabkan berlakunya halangan dalam komunikasi verbal ketika penghidap mengalami gangguan otak serta sistem saraf. Oleh itu, epilepsi juga dikaitkan sebagai penyebab berlakunya apraksia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ujaran penghidap epilepsi semasa berlaku kekejangan otot. Kemudian, membincangkan aspek apraksia yang berlaku kepada penghidap epilepsi. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis aspek neuropsikolinguistik penghidap epilepsi terhadap bahasa pertama. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Neurolinguistik Wernicke 1874 dalam perbincangan kajian ini. Hasil dapatan kajian memperlihatkan bahawa penghidap epilepsi mengalami masalah apraksia ketika berlakunya kekejangan otot dan sistem saraf otak. Malah, ujaran bahasa pertama mereka terhalang untuk diungkapkan dengan jelas dan lancar kerana berlakunya gangguan yang melibatkan saraf otak penghidap. Melalui dapatan juga jelas menunjukkan penghidap epilepsi mengalami halangan berbahasa kerana masalah neurologi melibatkan saraf otak mereka. Penghidap cenderung menggunakan suku kata pendek, dialek dan pengguguran konsonan serta vokal dalam perkataan. Tambahan lagi, sawan memberikan kesan kepada tingkah laku penghidap yang memberikan kesan kepada psikologi kerana berasa malu dan takut dengan keadaan yang berlaku. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan ruang untuk lanjutan bagi kajian akan datang melibatkan aspek apraksia kepada penghidap epilepsi.

Zitieren

APA

Nasir, S. N. A., Halim, H. A., & Yahaya, A. S. (2024). Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI). https://doi.org/10.58915/jcsi.v6i1.814

Vancouver

Nasir SNA, Halim HA, Yahaya AS. Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI). 2024. doi:10.58915/jcsi.v6i1.814

BibTeX
@article{Nasir2024,
  author = {Nasir, Siti Noridayu Ab. and Halim, Hazlina Abdul and Yahaya, Ahmad Shuib},
  title = {Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik},
  journal = {Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI)},
  year = {2024},
  doi = {10.58915/jcsi.v6i1.814}
}
Kostenlos starten →