Bermukun dalam Tradisi Masyarakat Sarawak
Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI) · 2024
DOI: 10.58915/jcsi.v6i1.804 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 2024. Verfasst von Mohamad Nik Mat Pelet und 5 weiteren Autor:innen. Die Arbeit wurde bisher 2-mal zitiert (Crossref).
Abstract (Originalsprache)
Bermukun merupakan salah satu aktiviti seni warisan budaya masyarakat Sarawak yang masih kekal relevan hingga ke hari ini. Aktiviti bermukun melibatkan tiga komponen utama iaitu bergendang, berbalas pantun dan bertandak. Metodologi kajian ini melibatkan kajian kualitatif dan analisis kandungan berbantukan Model Segi Tiga Semiotik. Data pantun dikumpul melalui kajian lapangan yang melibatkan aktiviti bermukun dan kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persempelan bertujuan. Implikasi kajian ini menjadi output kepada pembinaan Profil Perlambangan Pantun Tradisi Bermukun Masyarakat Melayu Sarawak dan Profil Makna Pantun Tradisi Bermukun Masyarakat Melayu Sarawak. Aktiviti berbalas pantun ini dianggap unik kerana disampaikan secara spontan yang didendangkan melalui nyanyian. Keindahan berbalas pantun dalam tradisi bermukun ini juga dapat dilihat melalui penggunaan ungkapan dalam rangkap pantun tersebut. Ungkapan ini diwakili oleh perlambangan yang berbentuk eksplisit dan implisit yang mencerminkan keintelektualan dan seni berkomunikasi dalam kalangan masyarakat Sarawak. Namun begitu, unsur perlambangan yang berbentuk eksplisit dan implisit boleh menimbulkan ketidakfahaman disebabkan oleh kekangan bahasa yang berbeza. Kesannya, mesej yang cuba disampaikan melalui pantun tersebut tidak difahami oleh bukan penutur jati. Hakikatnya, budaya berbalas pantun yang diwarisi sejak turun-temurun ini dapat memupuk rasa cinta kepada aktiviti seni dan budaya dalam kalangan masyarakat di negeri Sarawak. Hal ini sejajar dengan peranan dan fungsi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti unsur perlambangan dan menganalisis makna eksplisit dan implisit dalam rangkap pantun Melayu Sarawak serta mendokumentasikan pantun sebagai hasil seni khazanah bangsa.
Zitieren
APA
Pelet, M. N. M., Rashidin, R., Daud, N., Nadia, N., Osman, W. R. M., & Sarudin, A. (2024). Bermukun dalam Tradisi Masyarakat Sarawak. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI). https://doi.org/10.58915/jcsi.v6i1.804
Vancouver
Pelet MNM, Rashidin R, Daud N, Nadia N, Osman WRM, Sarudin A. Bermukun dalam Tradisi Masyarakat Sarawak. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI). 2024. doi:10.58915/jcsi.v6i1.804
BibTeX
@article{Pelet2024,
author = {Pelet, Mohamad Nik Mat and Rashidin, Rozaimah and Daud, Noriza and Nadia, Nurul and Osman, Wan Robiah Meor and Sarudin, Anida},
title = {Bermukun dalam Tradisi Masyarakat Sarawak},
journal = {Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI)},
year = {2024},
doi = {10.58915/jcsi.v6i1.804}
}
EUVIMED