EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Media Cetak (Akhbar) sebagai Medium Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua Murid Lembam

Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim, Ahmad Shuib Yahaya

Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI) · 2024

DOI: 10.58915/jcsi.v5i1.1093 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 2024. Verfasst von Siti Noridayu Abd. Nasir und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit wurde bisher 2-mal zitiert (Crossref).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Media cetak seperti akhbar masih lagi relaven digunakan sebagai bahan bacaan dan pemerolehan bahasa berkesan. Hal ini kerana, harganya mampu dimiliki dan menggunakan artikel yang disunting dengan baik oleh editor. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti pemerolehan bahasa remaja lembam melalui media cetak. Remaja lembam memperoleh bahasa dalam keadaan yang berbeza dengan remaja normal. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat sejauh mana pemerolehan dalam bahasa pertama (B1) dan bahasa kedua (B2) melalui dapatan kajian. Kajian ini juga menggunakan artikel terpilih di dalam akhbar bercetak Metro dan The Star keluaran Januari 2022. Sebanyak lima artikel bahasa Melayu (Berita Harian) dan lima artikel bahasa Inggeris (New Straits Time) telah dipilih sebagai item kajian. Teori yang diaplikasikan adalah Behaviorisme yang memfokuskan kepada Teori Pelaziman Operasi yang dipelopori oleh E.L Thorndike (1874-1949). Dalam teori ini hokum kesediaan reponden dikaitkan dengan pemerolehan bahasa pertama (B1) dan bahasa kedua (B2). Data kajian diperolehi melalui hasil jawapan daripada ujian yang dijalankan menggunakan artikel daripada Berita Harian dan New Straits Time. Hasil dapatan menunjukkan bahawa remaja lembam dapat memperoleh bahasa pertama (B1) melalui artikel yang diterbitkan melalui media cetak. Proses pengulangan penekanan terhadap perkataan serta ayat di dalam artikel dapat meningkatkan pemerolehan bahasa remaja lembam. Hal ini kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa pertama (B1) yang mudah difahami oleh responden. Manakala, bagi pemerolehan bahasa kedua (B2) pula menunjukkan kelemahan yang ketara kepada responden kerana tidak digunakan sebagai bahasa utama dalam komunikasi hariannya.

Zitieren

APA

Nasir, S. N. A., Halim, H. A., & Yahaya, A. S. (2024). Media Cetak (Akhbar) sebagai Medium Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua Murid Lembam. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI). https://doi.org/10.58915/jcsi.v5i1.1093

Vancouver

Nasir SNA, Halim HA, Yahaya AS. Media Cetak (Akhbar) sebagai Medium Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua Murid Lembam. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI). 2024. doi:10.58915/jcsi.v5i1.1093

BibTeX
@article{Nasir2024,
  author = {Nasir, Siti Noridayu Abd. and Halim, Hazlina Abdul and Yahaya, Ahmad Shuib},
  title = {Media Cetak (Akhbar) sebagai Medium Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua Murid Lembam},
  journal = {Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI)},
  year = {2024},
  doi = {10.58915/jcsi.v5i1.1093}
}
Kostenlos starten →