EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

FUNGSI TUMBUHAN DALAM KULINARI MASYARAKAT BUGIS DI WALLACE BAY, PULAU SEBATIK, MALAYSIA

ROSDIANA YANDRE, JURRY FOO, FADZILAH AG KANAK

Quantum Journal of Social Sciences and Humanities · 30.06.2026 · 7 (3) · 656-665

DOI: 10.55197/qjssh.v7i3.1428 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von ROSDIANA YANDRE und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini bertujuan mendokumentasikan fungsi tumbuhan dalam kulinari masyarakat Bugis di Wallace Bay, Pulau Sebatik, Sabah. Pengetahuan mengenai penggunaan tumbuhan dalam penyediaan makanan tradisional merupakan sebahagian daripada kearifan tempatan yang diwarisi secara turun-temurun, namun dokumentasinya masih terhad, khususnya dalam kalangan masyarakat Bugis di kawasan sempadan Malaysia–Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan penerokaan dengan menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpulkan melalui pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam terhadap 30 orang informan yang dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan pengalaman mereka dalam penyediaan makanan tradisional. Data dianalisis secara deskriptif melibatkan analisis tematik dan matriks. Hasil kajian merekodkan sebanyak 16 spesies tumbuhan yang digunakan dalam makanan masyarakat Bugis. Tumbuhan tersebut mempunyai enam iaitu sebagai bahan asas, ramuan, pewarna, pewangi, perisa dan agen penapaian. Spesies seperti Oryza sativa, Oryza sativa var. glutinosa dan Cocos nucifera dikenal pasti sebagai bahan asas utama, manakala spesies lain memainkan fungsi pelengkap dalam membentuk identiti rasa, aroma dan warna makanan tradisional Bugis. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan tumbuhan dalam kulinari masyarakat Bugis bukan sahaja memenuhi keperluan pemakanan, malah mencerminkan hubungan erat antara pengetahuan etnobotani, warisan budaya dan identiti masyarakat setempat. Dokumentasi ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemeliharaan warisan kulinari serta pembangunan kajian etnobotani di Malaysia. This study documents the functions of plants in the culinary practices of the Bugis community in Wallace Bay, Sebatik Island, Sabah, Malaysia. Knowledge of plant use in traditional food preparation represents an important component of indigenous knowledge that has been transmitted across generations, yet it remains poorly documented, particularly among the Bugis community living along the Malaysia–Indonesia border. An exploratory research design integrating qualitative and quantitative approaches was employed. Data were collected through participant observation and in-depth interviews with 30 purposively selected informants who possessed extensive knowledge and experience in traditional Bugis food preparation. The data were analysed using descriptive statistics, complemented by thematic and matrix analyses. The findings recorded 16 plant species used in the preparation of 10 traditional Bugis dishes. These species perform six principal functions, namely as staple ingredients, culinary ingredients, natural colourants, flavouring agents, aromatic agents, and fermentation agents. Oryza sativa, Oryza sativa var. glutinosa, and Cocos nucifera were identified as the primary staple ingredients, while other species contribute significantly to the flavour, aroma, colour and distinctive culinary identity of Bugis traditional foods. The study demonstrates that plant utilization in Bugis cuisine extends beyond nutritional purposes and reflects the close relationship between ethnobotanical knowledge, cultural heritage, and community identity. This documentation contributes to the preservation of Bugis culinary heritage and provides valuable baseline information for future ethnobotanical research in Malaysia.

Zitieren

APA

YANDRE, R., FOO, J., & KANAK, F. A. (2026). FUNGSI TUMBUHAN DALAM KULINARI MASYARAKAT BUGIS DI WALLACE BAY, PULAU SEBATIK, MALAYSIA. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(3), 656-665. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i3.1428

Vancouver

YANDRE R, FOO J, KANAK FA. FUNGSI TUMBUHAN DALAM KULINARI MASYARAKAT BUGIS DI WALLACE BAY, PULAU SEBATIK, MALAYSIA. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;7(3):656-665. doi:10.55197/qjssh.v7i3.1428

BibTeX
@article{YANDRE2026,
  author = {YANDRE, ROSDIANA and FOO, JURRY and KANAK, FADZILAH AG},
  title = {FUNGSI TUMBUHAN DALAM KULINARI MASYARAKAT BUGIS DI WALLACE BAY, PULAU SEBATIK, MALAYSIA},
  journal = {Quantum Journal of Social Sciences and Humanities},
  year = {2026},
  volume = {7},
  number = {3},
  pages = {656--665},
  doi = {10.55197/qjssh.v7i3.1428}
}
Kostenlos starten →