Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran
QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari · 2024
DOI: 10.53840/jq.v7i2.84 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari, 2024. Verfasst von Muhammad Ikram Abdul Latiff und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit wurde bisher 2-mal zitiert (Crossref). Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Perkembangan pengajian Islam khususnya pengajian tahfiz mula diinstitusikan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Bermula dengan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran wal Qiraat kepada Maahad Tahfiz wal Qiraat seterusnya dinaiktaraf menjadi Darul Quran pada masa kini menunjukkan kemajuan yang sangat positif bagi pembangunan agama negara. Masyarakat Islam telah mula menyedari kepentingan beragama sebagai wadah bagi kemajuan hidup. Pengajian tahfiz menjadi salah satu platfom untuk masyarakat menterjemahkan kesedaran Islam mereka. Senario ini menjadikan institusi tahfiz berkembang dalam pelbagai kategori bagi memberi peluang pendidikan tahfiz kepada setiap peringkat umur. Namun, lambakan institusi tahfiz ini juga turut memberi kesan dalam beberapa aspek didalam pentadbiran, pengurusan, pengajian dan sebagainya. Oleh kerana prospek institusi ini sangat luas, demikian juga dengan cabarannya. Demikian itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisi cabaran yang dihadapi oleh institusi tahfiz di Malaysia pada ketika ini. Kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisa kandungan terhadap sumber primer dan sekunder bagi menjawab objektif kajian tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat empat cabaran utama institusi tahfiz di Malaysia iaitu cabaran dalam aspek teknologi, cabaran dalam aspek masalah sosial, cabaran dalam aspek pensijilan dan juga cabaran dalam aspek modenisasi.
Zitieren
APA
Latiff, M. I. A., & Jaafar, N. (2024). Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran. QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari. https://doi.org/10.53840/jq.v7i2.84
Vancouver
Latiff MIA, Jaafar N. Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran. QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari. 2024. doi:10.53840/jq.v7i2.84
BibTeX
@article{Latiff2024,
author = {Latiff, Muhammad Ikram Abdul and Jaafar, Noornajihan},
title = {Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran},
journal = {QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari},
year = {2024},
doi = {10.53840/jq.v7i2.84}
}
EUVIMED