EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Sejarah Kemunculan Teori Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syari‘at: Analisis Sorotan Teoritikal

Muhammad Mustaqim Bin Roslan

Jurnal Pengajian Islam · 2024

DOI: 10.53840/jpi.v17i1.246 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pengajian Islam, 2024. Verfasst von Muhammad Mustaqim Bin Roslan. Die Arbeit wurde bisher 2-mal zitiert (Crossref). Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Sejarah kemunculan teori Hifz al-Nafs ini sering dikaitkan dengan perbincangannya yang begitu tuntas dalam ilmu Maqasid Syari‘at pada zaman al-Syatibi (790 H). Namun begitu, ia disangkal oleh beberapa literatur lepas apabila sebahagian mereka mendakwa bahawa kemunculannya telah lama wujud tatkala turunnya al-Quran dan al-Sunnah dan secara tidak langsung telah diperincikan oleh ilmuan-ilmuan Islam sebelum zaman al-Syatibi (790 H). Oleh yang demikian, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kronologi sejarah kemunculan teori Hifz al-Nafs itu dengan lebih terperinci bersandarkan kepada pandangan-pandangan ulama silam dan kontemporari. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Manakala kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa, teori Hifz al-Nafs itu telah wujud lamanya di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Namun, teori Hifz al-Nafs itu secara istilahnya telah mula diperkenalkan oleh Abu Hassan al-Amiri (381 H) dalam bukunya yang masyhur al-I’lam. Walaupun kemunculan ilmu Maqasid Syari‘at secara mustaqil tidaklah dipopularkan oleh beliau, namun perbahasan tentang pecahan-pecahan ilmu tersebut telah lama diperkenalkan oleh beliau dengan susunan awalnya iaitu Hifz al-Nafs, Hifz al-Mal, Hifz al-Nasl, Hifz al-‘Ird dan Hifz al-Din. Teori ini mula digunakan dan dibincangkan secara meluas oleh kebanyakan ilmuan Islam selepasnya bermula kurun keempat Hijrah. Setelah runtuhnya kota Granada, Tahir Ibnu Asyur memperluaskan penulisan Maqasid Syariat hinggalah pada hari ini. Oleh itu, kejumudan sebahagian pihak yang terlampau taasub kepada kemunculan teori Hifz al-Nafs itu adalah daripada mazhab Maliki oleh al-Syatibi (790 H) perlulah diharmonikan dengan mengambil kira isi perbincangan dalam kajian ini. Kata kunci: Hifz al-Nafs, Kronologi, Maqasid Syari‘at, Sejarah, Teoritikal

Zitieren

APA

Roslan, M. M. B. (2024). Sejarah Kemunculan Teori Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syari‘at: Analisis Sorotan Teoritikal. Jurnal Pengajian Islam. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.246

Vancouver

Roslan MMB. Sejarah Kemunculan Teori Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syari‘at: Analisis Sorotan Teoritikal. Jurnal Pengajian Islam. 2024. doi:10.53840/jpi.v17i1.246

BibTeX
@article{Roslan2024,
  author = {Roslan, Muhammad Mustaqim Bin},
  title = {Sejarah Kemunculan Teori Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syari‘at: Analisis Sorotan Teoritikal},
  journal = {Jurnal Pengajian Islam},
  year = {2024},
  doi = {10.53840/jpi.v17i1.246}
}
Kostenlos starten →